Tuesday, October 7

CINTA

Cik Hani | 16:00 | 0Comments |


Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…

Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa
Perasaan cinta itu tidak salah.. tetapi kaedah mengekspresi rasa cinta itu salah.. salah sekiranya diekspresikan dengan cara yang bertentangan dengan syariat.
jika ingin bahagia di dunia dan akhirat, sandarkan rasa cinta kepada Allah.. cintai dan kenalilah Allah, Rasulullah S.A.W dan diri sendiri dulu.. barulah cinta hamba yang selainnya akan hadir dengan izin Allah..pada saat itu, insya Allah kita tidak akan kecewa kerana cinta lagi...
Cinta itu indah sekiranya saling memberi dan menerima..
Cinta itu menyakitkan sekiranya asyik memberi tetapi tidak menerima..
Cinta itu membosankan sekiranya penuh kepura-puraan..

Tapi dalam banyak-banyak cinta, cinta dunia la yang paling ditakuti.. kerana apabila sudah jatuh cinta dengan nikmat dunia yang palsu, cinta akhirat sudah tiada.
Peliharalah cinta.. peliharalah hati.. memberilah.. dan menerimalah.. andai kebahagiaan ada di situ.. namun jangan putus asa sekiranya tidak menerima.. kerana janji Allah itu pasti..


P/s: Cinta bukanlah segala-galanya.. tetapi segala yang berlaku adalah kerana cinta.

No comments:

Post a Comment