Thursday, October 16

Cinta Terakhir Hidupku..

Cik Hani | 00:20 | 3Comments |
Wahai blog tersayang.. izinkan hani meluahkan perasaan...
hani terlalu rindu rindu sangat dengan incik abang hani...
hani tak dapat nak kacau dia lebih-lebih sebab dia busy dengan kerja.
tadi pun dia balik lewat.. kesian dia.... so.. hani luahkan sini boleh tak?
hehehe... tau tak sebelum ni, hani fikir nak titon je.. tapi.. hani batalkan niat
nak sambung tidur..sebab teringat incik abang yang belum balik dari kerja.
hani memang macam ni.. risau kalau dia belum balik rumah sewa dia.
esok pagi dia nak ke shah alam lagi.. kerja dan masa adalah kehidupan dia.
so hani dengan blog adalah kehidupan hani juga kan? haha.. adatla orang tak bekerja.
tengah usaha juga cari kerja. tapi nak buat macam mana.. masih belum ada rezeki.
Allah masih belum izinkan lagi. takpe. sabar. itu yang penting..

Well dari tadi hani asyik dengar lagu "Menakluk Cinta" nyanyian Taufik Batisah,
salah satu singer artist yang sampai sekarang hani minat tau. kenapa ya dengar lagu tu..
sebab lagu tu mengingatkan hani pada incik abang..barisan lirik lagu yang paling akhir tu..
adalah untuk incik abang hani....hani nak dia tahu, walau apapun yang berlaku, hani nak still dengan dia.. jangan pernah lepaskan hani dari hidup dia...walau macam-macam ragam hani yang boleh buat dia putus asa dengan hani.. jangan sesekali okay? sebab dia adalah cinta terakhir hani...
cinta hani pada hayat ini.. akan datang pun.. hanya dia... i'll not let you go... semoga pada hayat akan datang kita masih bersama.. abang tak tahu betapa istimewanya abang pada sayang? abang lain... sebab itu sayang terlalu sayangkan abang....

Perasaan hani pada dia makin hari makin bercambah. macam baja. bila di tanam, lama-lama subur dan menghasilkan tanaman yang indah...begitulah perasaan hani pada dia..sentiasa indah...oh ya, semalam dia datang rumah kakak hani tau. dia ingat lagi tentang 'Pisang Goreng Cheese' tu.. hehe..
tak sangka benda kecik macam tu dia ingat. hani dari dulu mencari kalau-kalau ada pisang goreng cheese tu dekat malaysia ni..sebab pergi indon dengan dia, memang melantak hani habiskan benda tu.. makan panas-panas memang sedap..kenangan dekat bandung yang hani takkan lupa.sebab itulah pertama kali hani makan pisang goreng cheese. semalam incik abang beli. makan sekali dengan dia.. hehe.. teringat masa kat bandung.. alahai..asyik bandung je peginya.. asyik incik abang je ingatnya ye fa? hehe..yepp..dia je hani ingat..dan hani sentiasa mendokan hubungan kami akan kekal hingga syurga..inshaAllah..masa jumpa dia dekat office, waktu interview tu.. melayang-layang 'love' kat hati hani ni.. haha..berbunga-bunga..nasib fikir tu office dia.. haha..teruk sangat dah rindu ni.. yela lama dah tak date.. ngeh3..

Untuk dia, tolong jaga kesihatan, tolong jangan tinggal solat. tolong ingatkan hani selalu. tolong jangan buang hani dalam hati tu. tolong ingat kat hani sekali dalam satu hari. tak minta ingat bebanyak pun. hehe. tolong jadikan hani ni sumber inspirasi dia waktu kerja..tolong bersama dengan hani buat selama-lamanya.. . hehe..banyaknye tolong kan.. hehe.. i love you so much, abang..!!!



"Mencintaimu serupa air laut; Pasang-surut akan selalu ada. Namun air laut tidak pernah berubah rasa. "-CIK HANI

3 comments:

  1. Muga rasa cinta hani pada dia akan kekal selamanya seperti yang hani impikan.. jangan lupa klik2 kan nuffnang kat blog akak tu ya..

    ReplyDelete
  2. Buat anda semua.. sila sudi2 kan diri melwati blog saya di http://ruzitakithen.blog.spot
    Thanks for hani.. banyak info yang akak dapat dari blog Hani..

    ReplyDelete