Thursday, October 16

BUTTER PRAWN

Cik Hani | 00:32 | 0Comments |

Buat Sarang Telur/Flossnya dulu sebab tu yang penting. Kalau yang ni tak jadi, memang out.. kompom tak menjadilah kiranya BUTTER PRAWN kita ni.
SARANG TELUR/FLOSS :
- 2 biji Kuning Telur
- Sesenduk Butter/Margerin
- Secawan Minyak
Pukul ringan kuning telur. Boleh tambah atau tambah lagi kuning telur dan bahan di atas jika suka floss yang banyak. Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali dah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju mcm bulatan. Bulatan sehala tanpa henti tau. Pastu tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halus je. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak bewarna keemasan. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan ker untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula bab Udang!
BAHAN BAHAN :
- 12 ekor Udang size besar atau Sederhana ( ikut korang la nk buh udang berapa ekor. )
- sedikit Garam
- Sedikit Lada Sulah

- 3ulas Bawang Putih ( dicincang )
- 6/8 tangkai Cilipadi ( dihiris )
- 5tangkai Daun Kari
- 1/4 cawan Susu Cair
- Sedikit Butter/Margerin utk tumis
- Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih ( jika suka )
- Garam secukup rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng hingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik nnti keras bila makan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cilipadi dan daun kari hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan masak kejap. Masukkan udang yang kita goreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam sebab butter atau margarine tu pon ada garam juga. Takut masin sangat pulak nanti tak syiok pulak nak meratah ratah. Bila semua bahan masak, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan Sarang Telur/Floss yang kita buat tadi. Siapp! Senang kann? Selamat Mencuba! :)

No comments:

Post a Comment