Monday, October 6

Andai kamu terluka..

Cik Hani | 18:24 | 0Comments |

Andai kamu TERLUKA..
Terutamanya yang PEREMPUAN…kann
Cubalah belajar untuk kuat…
Untuk awak yang baru putus cinta atau bergaduh dengan si dia tu, sebelum tidur kalau boleh elakkan baca text dia, tengok gambar dia. Nanti tak pasal-pasal bangun tidur esok mata awak bengkak. 
Kenapa perempuan ni, walaupun dia tahu dah ada seseorang yang nak bahagiakan dia, sanggup bersusah senang dengan dia, dia tetap pilih lelaki yang selalu sakitkan hati dia, yang langsung tak menghargai dia.?
Kenapa tak cuba beri peluang pada diri sendiri untuk dihargai oleh orang lain daripada terus mengharapkan penghargaan dari orang yang memang tak pandai nak menghargai?
Pelik sangat kan, bila orang yang kita sayang dah tak layan kita macam dulu. Sebab dia yang dulu tak sama dengan yang sekarang. Dia yang dulu selalu banyak tanya. Sekarang dah berubah. Kita tanya sepatah, dia balas sepatah. Kadang-kadang senyap terus.
Biasanya orang yang tak matang je yang cari pasangan untuk seronok seronok, untuk hilangkan rasa sunyi, untuk dapatkan perhatian. Bila bosan tinggal, bila jemu cari lain. Langsung tak serius.


JAUH atau DEKAT bukanlah alasan dan penghalangnya.

Kalau dah nak curang , yang depan mata pun dia boleh curang, dan kalau nak setia , yang jauh di mata pun dia mampu untuk setia.


Kalau ada orang tanya apa status hubungan awak tu, 
Jawablah, 
"HANYA KAWAN". 

Bukan tak nak mengaku rasa sayang tu, tapi lebih baik begitu.
Hanya Allah yang tahu perasaan tu, dan hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Saya tak nak awak terlalu berharap dengan yang tak pasti.

Ada jodoh, ada, takde jodoh, redha

Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah terbaik untuk setiap hambaNya. Jangan risau okay! 
Senyum. Ikhlaskan hati demi Allah SWT. :)
senyum..kawan..ini yg terbaik
Kita punya imun dengan sakit..sehingga tangan berdarah langsung tiada rasa apa..kerana luka yang tidak nampak itu lebih perit lebih dalam~

No comments:

Post a Comment