Sunday, October 5

11 Cara untuk Mengetahui Sidia Menyayangi Kita

Cik Hani | 00:32 | 0Comments |


1. Sentiasa berkira untuk meminta pertolongan kita kerana takut kita sibuk dengan kerja.
 Si dia yang menyayangi kita akan sentiasa berusaha untuk tidak menyusahkan kita. Namun harus diingat peranan kita juga penting kerana kita perlu sentiasa kesan sekiranya mereka memerlukan pertolongan. Tanpa segan silu kita perlu memberitahu " Saya akan membantu" baru dia hormat kita. :)

2. Tidak pernah berkira sekiranya kita meminta pertolongan daripadanya.
Berlainan pula apabila kita meminta pertolongan mereka. Kadang-kadang lelaki ambil mudah perkara ini, harus diingat kemampuan Si dia ada hadnya. Pertolongan yang kita minta itu  biarlah berpada-pada ,jangan sampai kita dikata ambil kesempatan. Hubungan ini akan berakhir dengan kisah ungkit mengungkit nanti. Waspadalah semasa meminta pertolongan. Jangan nak ingat senang sahaja. Kalu Si dia tidak berkira maknanya dia memang ikhlas menyayangi kita.

3. Cenderung untuk meminggirkan kepentingan diri demi untuk kita.
kadang-kadang pasangan kita sibuk dengan tugasan yang diberikan, apabila kita berhadapan dengan masalah yang teruk, Sidia akan sentiasa memastikan mereka sentiasa bersama kita. Tidak kiralah kita meluahkan perasaan marah dalam mesej esei panjang sehingga 1000-2000 patah perkataan sekalipun. Mereka sedia membacanya dalam "handphone" mereka, biarpun bahasanya sukar difahami.:)

4. Rela berkorban untuk membuatkan kita tersenyum.
Pasangan yang betul-betul menjaga hubungan, mereka akan sentiasa berusaha membuat kita tersenyum. walaupun kadang-kadang mereka merasakan lawak yang mereka buat menyebabkan kita tidak akan ketawa, tetapi mereka buat juga sebab mereka akan tahu kita akan ketawa sebab tiada unsur lawak dekat situ. Jadi peranan kita ketawa sahajalah, mesti jaga hati.

5. Bersedia mendengar cerita dari kita biarpun cerita itu membosankan.
Inilah perkara yang sering berlaku, kita punyalah syok bercerita sambil ketawa tidak sudah-sudah. Tapi sebenar kisah tersebut bukan genre yang si dia minati. kita ini pun satu juga carilah cerita yang mereka suka. bersesuaian tdaklah mereka berasa bosan. Tetapi kalau sayang semuanya baik punya.

6. Tidak lupa hari-hari penting dalam perhubungan.
perkara ini lelaki memang masalah sikit, sebab sibuk dengan kerja kononnya. kalau Sidia menyayangi kita jaranglah dia nak lupa tarikh-tarikh penting hubungan mereka. Lelaki bahaya sikit "brthday" sidia pun boleh lupa. Sibuklah kononnya penyebab.

8. Antara insan terawal yang risau apabila kita ditimpa kemalangan.
Ini sememangnya perasaaan yang harus ada pada setiap insan yang ada rasa sayang didalam diri. Sidialah yang dahulu risau dari orang lain meskipun kemalangan itu melibatkan kemalangan kecil. kalau sidia tunjukkan sikap sebegitu ada maknanya mereka menyayangi hubungan.

9. Sentiasa mencari kelebihan kita daripada mencari keburukan.
Bab ini pun baik untuk dibincangkan. Apa pendapat kamu seandainya setiap kali berjumpa sidia akan menyenaraikan semua keburukan yang kita telah lakukan sebelum ini.? Alamak, mesti rasa menyampahkan macamlah tiada kebaikan yang kita lakukan sebelum ini. kalau dia sayang, dia akan berpada-pada menegur kita, menegur biar bertempat. Tiada individu yang sempurna tetapi kita mesti mencari kesempurnaan itu. Tetapi tengok diri kita juga, kalau memang sikap kita buruk memanjang siapa yang nak tahan. contohnya tidur sehari boleh mencecah angka 10 jam sehari belum termasuk tidur malam lagi. Haiya....  Pandai-pandailah memikirkannya sendiri.

10. Bersedia memberi nasihat apabila diperlukan walaupun bukan kepakaran.
Ini juga perkara penting yang harus dimiliki kepada insan yang menyayangi kita, bersedia menjadi pakar nasihat apa-apa juga masalah yang timbul. walaupun bukan kepakaran mereka. contohnya pasal moto rosak. terima sahajalah nasihat mereka walaupun nasihat sidia hanya menyatakan bawa bengkel yang mereka tahu. tetapi nasihat jugalah kan?

11. Sidia sentiasa menjaga diri.
Sidia sentiasa berusaha untuk menjaga diri mereka untuk kita dan agamanya, sentiasa cantik, menjaga kelakuan dan  yang lebih peting, ia semata-mata untuk mendapat keredhaan Yang Esa. Jangan terbalik pula lelaki pula yang lebih-lebih inginkan perempuan yang seksi, sampai tidak tidur malam bila memikirkannya ish3 renung-renungkan. Mesti ubah niat. :). kalau dia sayangkan kita sidia akan jaga diri untuk kehidupannya dan untuk kita. Tidak perlu dipaksa.

No comments:

Post a Comment