Wednesday, September 17

Tentang Penyanyi Youtubers Sam Muhammad

Cik Hani | 23:57 | 2Comments |
Pernah dengar lagu " Kau tak pernah tahu " tak? mesti penah dengar kan? itu single terbaru penyanyi youtubers kita yang sedang meningkat naik, iaitu Sam Muhammad. Lagu yang mula popular pada tahun lepas pada bulan oktober yang lalu. Bila hani mula mengenali dia? sewaktu hani menerima invition daripada Iszee dan Azhar Mustapha di VoxScape yang terletak di Cheras.

Waktu dengar dia nyanyi tu, sangat kagum.. kerana dia mempunyai suara yang bertaraf lima bintang! woww! dia memang ada bakat. Hani masih belum berpeluang untuk berbual dengan dia. harap ada facebook jela, tapi masih segan-segan nak menegur beliau. kini dia muncul dengan lagu Akhiri Penantianku ( Cover Version Aliff Satar ). hani di fahamkan dia ni memang minat sangat lagu-lagu korea ni. masa dia buat perform dekat Voxscape pun, ada dia nyanyikan beberapa lagu korea.


Penyanyi yang berbakat dan berpotensi dalam bidang nyanyian ini telah mendapat tempat di hati kalangan peminat-peminatnya. Dia seorang pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Korea Universiti , Seoul.
" Kejuruteraan adalah profesion saya, Nyanyian adalah passion saya" katanya pada sumber.



Okaylah, jom ramai-ramai dengar lagu ni dan sharekan di laman sosial milik korang sekarang! Support him!~



2 comments: