Wednesday, September 3

Selalulah Berdoa..

Cik Hani | 13:09 | 0Comments |


Selalulah berdoa memohon agar Allah menetapkan bolak-balik jantung hati kita ini di atas jalan ketaatan kepada-Nya.

Sebab itulah namanya dalam bahasa Arab qalb. Qalb itu kalau diterbitkan dari kata kerja (fi’il) menjadi qalaba iaitu bertukar-tukar, berbolak-balik.

Kerana mudahnya berbolak-balik inilah, terkadang kita merasa begitu bersemangat untuk melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah, tetapi esok mungkin pula semangat itu telah luntur bahkan mungkin hilang terus rasa ghairah untuk melakukan kebaikan.

Di pagi menjadi hamba Allah yang bersyukur, di petang hari menjadi kufur. Di petang hari menjadi hamba Allah yang bersyukur, tetapi di pagi hari esoknya mula kufur menjadi lalai dan alpa kepada Allah.

Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi ala dinik.
“Wahai (Rabb) yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” 
[HR Tirmizi]

Di zaman fitnah yang banyak menggugat hati ini, selalulah berdoa agar Allah menetapkan hati kita di atas ketaatan kepada-Nya.

Kerana kita bimbang berada di dalam agama-Nya, tetapi kita tidak lagi taat kepada-Nya.

CIKHANI

No comments:

Post a Comment