Friday, September 5

Review : GELAP . Karya: Ariff Adly

Cik Hani | 13:32 | 10Comments |
Tahniah Ariff Adly di atas karya ke-2 beliau, GELAP! percayalah, novel ni dah buat hidup hani huru hara, tunggang terbalik, bulu roma tegak berdiri... serius, macam mana awak boleh buat jalan cerita yang begini? sumpah! masih terbayang-bayang cara pembunuhan yang kejam bagi hani.. terlalu kejam yang amat! sebelum di bunuh, di seksa.. ngerii hani yang membacanya.. dan berjaya buat hani dalam keadaan konpius. karya awak tak pernah mengecewakan hani. hani harap one day, salah satu karya awak akan dapat di terbitkan menjadi filem seram, thriller.

GELAP? novel ni biasa-biasa je, tapi seram tetap ada. tapi senang sangat nak teka siapa pembunuhnya..

Dalam fikiran hani penuh tanda tanya.. macam mana.. bagaimana dan kenapa? korang sendiri pun akan tertanya-tanya bila membaca novel GELAP ni. percayalah, bulu roma pun menegak membacanya. dan tak sangka..tak sangka...yang si pembunuhnya seorang perempuan! hani tak penah mengagaknya. sebab kebanyakkan penulis, akan memilih watak lelaki sebagai pembunuh. haha. serius. kejam. cara pembunuhan yang kejam menggunakan something yang tak terjangka! haha. selalu hani imagine, orang akan bunuh menggunakan pisau..kalau korang nak tahu apakah 'something' tu? tolong dapatkan GELAP di pasaran!

Ariff Adly, awak punya novel macam cerita detective conan.. meninggalkan klu dan tanda tanya, tanpa sedar pembunuhnya berada disisi kita.. membunuh secara senyap. dia membunuh kerana menuntut bela. dia merasa marah kerana sesuatu kejadian yang telah berlaku, membuat dia berdendam selama 9 tahun! 
yang hani terlalu meradang sangat, perangai Eva! dalam keadaan dia kena Asid tu pun, dia ada sifat pentingkan diri sendiri. dalam novel awak, hani suka tentang "RELATIONSHIP". 

Perhubungan persahabatan mereka, dan bila keadaan menjadi sangat genting, barulah kita tahu, siapa KAWAN kita. sayangnya, Edward, Adi, Sheqa dan Athirah tak dapat menyaksikannya. bagaimana Eva yang mempunyai sifat pentingkan diri, Dawi kecewa dengan sikap Eva dan tanpa Eva menyedari, kerana sifat yang tidak sabar dan pentingkan dirinya, dia telah ditipu oleh si pembunuh itu sendiri! jalan cerita yang menarik..sampai hani pun tertipu juga haha.. nak tahu? kenalah beli.. :)

Ariff Adly, macam mana awak ada daya kreatif untuk menghasilkan nota bernombor seperti itu? kalau hani, memang tak dapat nak teka maksud nota tu.. the best thing, yang membuatkan perasaan seram menyapa, bila isi nota tersebut berbunyi begini ; " Teman aku dalam mati, aku masih menanti.." wahahaha... memang meremang bulu roma! apa-apa pun 5 star hani beri untuk novel ni.. dan tolong hasilkan lagi novel seram macam gini.. ;)


10 comments:

  1. rajinnya baca novel.seram lak tu

    ReplyDelete
  2. Baru sudah baca buku TRIO.. boleh tahan gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh awak da baca ke?? alaaa.. hani baru nak baca TRIO tu

      Delete
  3. Rajin betul hani baca novel.. wahhh ena memang idop le

    ReplyDelete
  4. dari cerita singkat cik hani, novel itu sepertinya seru dan sangat laris di pasaran ya...met malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya benar! novel ini amat laris sekali.. kamu harus mendapatkannya ya!

      Delete