Tuesday, September 9

Petua Mencantikkan Gigi

Cik Hani | 00:18 | 0Comments |

1. Gosok gigi 2 kali sehari, pagi dan malam, tetapi jangan gosok terlalu kasar.
2. Gunakan benang floss untuk membuang sisa makanan yang di celah-celah gigi anda.
3. Kumur mulut dengan air garam andai terdapat jangkitan atau radang gusi
4. Kunyah buah strawberi untuk menghindarkan karang gigi. Selepas mengunyah berkumurlah dengan air sejuk bagi menghilangkan asid.
5. Makan bangak sayur-sayuran segar seperti lobak merah yang rangup bagi melatih gigi dan gusi.
6. Kerosakkan gigi seperti ‘berlubang’disebabkan oleh bakteria yang terdapat pada karang gigi yang bertindak dengan gula untuk mengeluarkan asid. Ia kemudianya memakan bahagian atas gigi yang menghasilkan lubang. Wanita yang tidak mengambil gula lazimnya mempunyai gigi yang cantik dan sihat.
7. Lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali di klinik gigi.

Petua Melayu Lama Untuk Menguatkan Gigi

Pilihan 1: Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha 3 kali. Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Pilihan 2: Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari. Gigi anda akan menjadi lebih kuat. 

Petua Untuk Gigi Kelihatan Lebih Putih

Ambil garam halus sebanyak 1 sudu campurkan dengan titisan air tetapi jangan terlalu banyak, memadai lembab sahaja agar memudahkan anda mencoleknya. Kemudian, gosok garam tersebut pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama 2 minggu. Hasil yang anda perolehi ialah mendapat deretan gigi yang putih bagaikan mutiara.

Petua Tradisional Untuk 
Memutihkan Gigi

Pilihan 1: Kulit jeruk mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut di mana ia boleh membantu menghilangkan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan gigi. Gosokkan kulit jeruk pada bahagian dalam gigi anda. Gunakan kulit jeruk yang masih segar.

Pilihan 2: Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.

Pilihan 3: Bakar 2 biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.

Pilihan 4: Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi. Hancurkan 2 atau 3 helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi. Namun bahan ini BERBAHAYA kerana ia boleh merosakkan gusi dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya tidak mengamalkannya.

Pilihan 5: Hancurkan 2 atau 3 helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

Pilihan 6: Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.

Pilihan 7: Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Gigi akan kelihatan putih berseri.

Pilihan 8: Ambil buah pinang dan bakarkan ia hingga menjadi arang, lalu tumbuk sehingga menjadi halus. Gosokkan pinang yang telah ditumbuk tadi ke bahagian gigi anda yang kekuningan atau pun hitam. Lakukan petua ini setiap hari. Anda akan dapati gigi anda akan berubah warna menjadi putih cantik.

Pilihan 9: Gunakan garam halus dicampurkan dengan ubat gigi dan gosokkan anda seperti biasa.

Pilihan 10: Sebelum anda mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi, gosok gigi dengan menggunakan serbuk penaik atau lebih di kenali sebagai sodium bikarbonat terlebih dahulu. Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu 3 kali. Ia mampu memutihkan gigi dan menghilangkan plak yang amat memalukan dan berbau busuk.

Petua Mengatasi Gigi Berkarat

Pilihan 1: Potong batang Bunga Raya dan tanggalkan kulitnya. Kunyah kayunya dan gosokkan pada gigi anda.

Pilihan 2: Goreng biji Asam Jawa tanpa minyak dan tumbuk sehingga halus. Ambil debu dan gosokkan pada gigi menggunakan kain atau berus gigi. Amalkan selalu sehingga karat gigi hilang.

Pilihan 3: Panggang biji pinang masak hingga halus. Seterusnya, tumbuk sehingga lumat menjadi serbuk. Dengan menggunakan jari telunjuk, sapukan serbuk biji pinang pada gigi anda setiap pagi.

Pilihan 4: Tumbuk lumat daun Dedap Batik dan perah airnya. Sapukan pada gigi anda.

Pilihan 5: Ambil daun kelapa kering dan buang lidinya. Bakar sehingga menjadi abu dan gosokkan pada gigi.

Pilihan 6: Bakar kulit batang Bachang hingga menjadi serbuk. Gosokkan serbuk tersebut pada gigi anda.

(Sumber: “Mari Berubat Dengan Tumbuhan Sekeliling Anda” oleh Siti Fuziah Yusof Ar-Risalah Product Sdn Bhd. )

No comments:

Post a Comment