Monday, September 15

Orang nampak...

Cik Hani | 00:27 | 2Comments |

orang nampak aku macam kuat. 
macam tabah. 
macam redha. 
sebab aku sering tersenyum di depan mereka.

tapi orang sebenarnya tak tahu. 
dalam sunyi aku menangis. 
dalam sunyi aku mencari kekuatan. 
dalam sunyi aku meluahkan. 
pada dia. 
dan hanya dia.

sungguh. 
tangisan dalam diam. 
tangisan dalam pendam. 
jauh lebih sakit.

bila dah terbiasa memendam. 
akhirnya aku memilih untuk meluahkan.

allah. 
kau tahu segala yang aku ingin. 
yang aku minta. 
yang aku doa. 
aku tak berdaya lagi.


2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Terkadang orang hanya nampak kebahagian dan kegembiraan yang hanya tergambar diwajah tapi tidak dihati. Kuatnya hati bila segala kesedihan dapat dipendam demi menjaga hati orang tersayang.
    Duhai sahabat, bertabahlah. ALLAH sentiasa bersama. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam... terima kasih sahabat :)
      inshaAllah..

      Delete