Tuesday, September 30

Ketika Kita Mengeluh...

Cik Hani | 15:38 | 0Comments |

Ketika kita mengeluh: 
“eeeiii, aku penat sangat…”
ALLAH menjawab : 
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat ” (78 : 9)


Ketika kita mengeluh : 
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku…”
ALLAH menjawab : 
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (2 : 286)


Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa…”
ALLAH menjawab :
“ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (13 : 28)


Ketika kita mengeluh : 
“Apa yang aku buat ni semua sia-sia…”
ALLAH menjawab : 
” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (99 : 7)


Ketika kita mengeluh : 
“ takdak sorang pun yang nak tolong …”
ALLAH menjawab: 
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (40 : 60)


Ketika kita mengeluh : 
“ Aku sedihh sangat…”
ALLAH menjawab : 
“ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (9 : 40)…

No comments:

Post a Comment