Friday, September 19

Kenapa Harus Berprasangka Baik

Cik Hani | 12:16 | 2Comments |

Berikut merupakan sebab mengapa kita harus berprasangka baik:
  • Tiada yang sempurna – setiap orang buat kesalahan dan memang tak akan lari dari kesilapan. Tapi, haruslah di ingat mereka juga boleh menjadi baik dan lebih baik. Jadi kita kenalah berprasangka baik juga :)
  • Saudara kita semua kan bersaudara, jadi apa salahnya untuk bersangka baik pada mereka. Jika asyik fikir yang buruk, bagaimana hendak mengeratkan hubungan silaturrahim.
  • Hanya Allah sebaik-baik penilai  kita tak layak untuk berprasangka buruk dengan orang sebab kita tak tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran mereka. Hanya Allah S.W.T yang tahu.
  • Setiap orang mempunyai peluang berubah jika hari ni mereka kurang baik, tidak mustahil hari esok mereka boleh menjadi lebih baik. Berprasangka baiklah.
  • Hikmah setiap yang berlaku mempunyai hikmah. Tidak salah untuk terus berprasangka baik kerana adalah lebih teruk jika kita menghukum seseorang tanpa mengetahui perihal sebenarnya.
  • Lihat diri sendiri kita juga tidak terlepas dari berbuat salah dan tidak mustahil orang lain juga boleh berprasangka buruk terhadap kita. Jadi, apa salahnya memberi peluang untuk terus berprasangka baik dan inshaAllah semuanya akan menjadi baik baik juga dengan izin-Nya…
Dan Yang Paling Penting.. Berprasangka baiklah kepada Allah S.W.T.. jangan pernah putus harapan dan sentiasalah berdoa memohon perlindungan di dunia dan akhirat..

2 comments:

  1. perkongsian yang bagus cik Hanizk..singgah malam sambil klik2 mr nuff :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih anjingga :)
    baru hari ni hani tengok blog. agak busy sjak kebelakangan ni.

    ReplyDelete