Friday, September 5

Jangan Bersedih....

Cik Hani | 11:29 | 0Comments |

Jangan bersedih, kerana kesabaran merupakan kunci kelapangan.
Jangan bersedih, kerana waktu malam yang paling gelap ialah sebelum datangnya fajar yang terang.
Jangan bersedih, kerana bersama kesukaran ada kemudahan, bersama kesempitan ada kelonggaran.
Jangan bersedih, kerana dalam setiap ujian dan cabaran terdapat penghapusan dosa-dosa dan kesalahan, peningkatan darjat serta peringatan terhadap kelalaian diri.
Jangan bersedih, kerana Allah SWT tidak memilihkan untukmu kecuali yang terbaik.
Jangan bersedih, kerana Allah SWT sangat mencintaimu, lebih dari cinta seorang ibu kepada anak yang disusuinya.
Jangan bersedih, kerana kegembiraan orang zalim tidaklah abadi dan Allah SWT akan menolongmu di dunia dan akhirat.
Jangan bersedih, kerana kesedihan tidak akan mengembalikan sesuatu yang telah hilang, tidak akan menyembuhkan orang yang sakit dan tidak akan menghidupkan orang yang sudah mati.
Jangan bersedih dan berbaik sangkalah terhadap Allah SWT.
Jangan bersedih, kerana syurga merindukanmu.
Jangan bersedih, kerana sakit pasti akan hilang, musibah akan berlalu, dosa-dosa akan diampunkan, hutang akan dibayar, ikatan akan terurai, sesuatu yang hilang akan kembali, orang yang melakukan maksiat akan bertaubat dan orang yang fakir akan menjadi kaya.
Jangan bersedih, bukankah kamu sentiasa melihat mendung hitam dapat sirna, malam yang pekat akan berlalu secara perlahan, angin yang menderu-deru akan kembali tenang dan badai pasti berlalu. Jadi keeluruhan kesempitan itu akan menjadi longgar, hidup anda akan damai, dan masa depan anda akan cerah.
Jangan bersedih, panas matahari boleh hilang ketika kamu berada di bawah tempat yang teduh, dahaga orang yang bermusafir akan lenyap dengan air yang segar, rasa lapar yang menusuk akan hilang dengan sepotong roti, kepenatan akibat terjaga pada malam hari akan hilang dengan tidur yang nyenyak dan kepedihan kerana sakit akan sirna dengan nikmat kesihatan. Kewajipanmu hanyalah bersabar dan menunggu sesaat.

No comments:

Post a Comment