Tuesday, September 30

"Jadilah seikhlas Salman al-Farisi."

Cik Hani | 23:38 | 0Comments |
Salman ingin meminang seorang perempuan di Madinah. tapi kerana dia berasal dari Parsi dan tak berapa tahu adat Madinah, dia meminta sahabatnya Abu Darda sebagai wakil. lalu pergilah mereka ke rumah wanita itu dengan segala persiapan.

ketika di rumah wanita itu, Abu Darda pun memperkenalkan Salman al-Farisi. ketua rumah itu berbesar hati menerima kunjungan sahabat Nabi SAW yang sama-sama berjihad itu. lalu Abu Darda pun menyatakan hajat Salman al-Farisi untuk meminang anak perempuan kepada tuan punya rumah.

setelah tuan rumah itu berbincang dengan anaknya, si ibu memulakan bicara, mewakili anak perempuan itu. kata si ibu : “maaf atas keterus terangan ini. tetapi maaf, kami menolak pinangan Salman al-Farisi. namun jika pinangan itu datang daripada Abu Darda, mungkin kami akan menerima.”

bayangkan jika anda di tempat Salman al-Farisi. anda ajak kawan baik anda untuk wakil meminang, tapi anda ditolak sebab orang tu berkenan kat kawan anda. kalau ikut drama dalam TV, memang akan ada konflik. tapi ini bukan drama TV. ini kisah sahabat Nabi SAW. lalu apa kata  Salman al-Farisi?

"Allahuakbar! maka semua mahar dan persiapan kahwin yang aku sediakan ini, aku sedekahkan kepada Abu Darda supaya dia boleh bernikah dengan anak perempuan kamu."

terkedu saya bila baca kisah ni. terharu. sayu. betapa bersihnya hati seseorang kerana keihklasannya dalam bercinta, hingga sanggup melepaskan apa yang dikehendaki untuk kebahagiaan insan lain. Allahu. jujur, saya menangis. keikhlasan sebegini memang sesuatu yang unik.

kerana Salman al-Farisi itu orang yang yakin pada jalan Allah. kerana orang yang ikhlas kerana Allah takkan merasa pernah memiliki apa-apa, kerana tiada suatu benda pun yang kita miliki dalam dunia ini.

sesuatu yang kita cintai itu, bukan untuk dimiliki tapi untuk dipinjam. dan bila dipinjamkan, kita kena bersedia pulangkan balik. bagaimana caranya untuk redha? ikhlas. ikhlaslah :’)

"ya Allah, ikhlaskan aku seperti sahabat Nabi SAW ini, ikhlaskan aku seperti  Salman al-Farisi, dalam urusan mencintai dan segala urusan."

No comments:

Post a Comment