Thursday, September 4

Hadapi Pertengkaran

Cik Hani | 12:11 | 2Comments |

PETUA-PETUA MENGHADAPI PERTENGKARAN

Perkahwinan dan pertengkaran adalah satu perkara yang biasa di alam rumahtangga. Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar walaupun sekali semenjak pasangan hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian. Oleh itu, di antara petua-petua yang boleh diambil ketika menghadapi pertengkaran adalah seperti berikut :

1. Seandainya terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Adalah tidak wajar sekiranya pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyentuh tentang satu topik, maka janganlah masalah-masalah lain juga dimasukkan sama, kerana ianya secara tidak langsung akan menjadikan suatu pertengkaran tadi menjadi lebih besar yang boleh membawa bencana ke atas rumahtangga.

3. Pasangan suami isteri dinasihatkan agar membatasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan sesekali bertindak di luar kawalan umpamanya menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:-
"Ini semua salah kau bodoh...!", "Engkau bodoh...!", "Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya terluka kerana perbuatan awak...", "Awak tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

5. Sejurus selepas bertengkar, jangan biasakan diri dengan suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Elakkan dari bertengkar di hadapan anak-anak kerana ini akan menjadikan anak-anak bingung dan mengalami tekanan perasaan. Jika ini berlaku, secara tidak langsung akan wujud banyak lagi masalah lain.

9. Akhir sekali bagi orang Islam eloklah sekiranya mengambil air sembahyang dan banyak bersabar.


2 comments:

  1. hallo cik hani sebelumnya perkenankan saya ikut meramaikan blok cik hani, ini kunjungan saya pertama, salam dari saya yuli, sekalian ijin follow blognya, kalau berkenan bisa tengok blog saya juga. semoga bisa jadi teman ngeblog yang menyenangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih kerana sudi singgah.. sy senang klu kamu ikutin blog sy.. :)

      Delete