Monday, September 15

Dia..Hani:) -ii-

Cik Hani | 00:18 | 0Comments |


CINTA bukanlah sebatas kata
CINTA adalah rasa dari suatu perasaan

meski pun CINTA hidup tidak bersama
tapi CINTA akan terkenang selamanya.

jika ia sebuah CINTA
ia tidak mendengar
namun sentiasa bergetar.

jika ia sebuah CINTA
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik.

jika ia sebuah CINTA
ia tidak datang dgn kata-kata,
namun sentiasa menghampiri dengan hati.

jika ia sebuah CINTA
ia takkan hadir dengan kekayaan dan kebendaan
namun hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan…

Kepada dia, terima kasih untuk hari ini.. terima kasih  sangat-sangat..
kerana sudi meluangkan masa bersama-sama..
rasa macam pertama kali bercinta pula..
hihihi.. tapi dengan dia..  tiap masa, tiap waktu, tiap ketika
JATUH CINTA;) InshaAllah, semoga panjang jodoh kami.

Hari ni... tak di rancang.. faham dengan kesibukkan dia,
dia cuba juga luangkan masa, terharu sangat.. 
sedia maklum dengan tanggungjawab dia sebagai pekerja..
selalu mendoakan dia semoga sentiasa sihat dan di limpahi berlipat ganda rezeki...
rasa sebak lihat dia cari duit lebih, semata-mata untuk hani..
nak keluar dengan hani perlukan duit,katanya..
rasa nak nangis bila ingat kata-kata dia..

Ibubapa dia sangat beruntung dapat anak macam dia,
bertanggungjawab, berusaha cari duit.. bila orang susah,
dia menolong dengan ikhlas... 
abang, i'm proud of you.. terlalu kagum sebenarnya..

Dia jenis tak kisah.. tak kisah hani yang macam ini,
sebab dia terima hani seadanya...
hani bersyukur, kerana Allah menemukan hani dengan dia..
dia lelaki yang selalu ingatkan tanggungjawab hani pada Tuhan..
hani sayang dia.. hari ni benar-benar bahagia..
dia macam memahami diri hani yang sedang bersedih
sejak beberapa hari ni... dah lima hari kitaorang tak gaduh..
hehehe... hani rasa bersalah kalau ajak dia bergaduh..
dengan kerja dia yang melambak kat office tu,
pastu hani pula tambah beban dia....
not good kan?  hehehe...

Okaylah, nanti ada masa hani update lagi..
just nak bagitau, hari ni happy sebab dia buat hani begini..

I LOVE YOU, ABANG :D

CIK HANI

14 SEPTEMBER 2014
SABTU

No comments:

Post a Comment