Wednesday, September 3

Dia .. Hani~

Cik Hani | 00:39 | 4Comments |
Inshaallah, hani akan cuba jadi yang terbaik buat dia... maafkan hani, sebab selalu sangat bertindak tanpa berfikir, sdangkan dia? seringkali bertindak berdiamkan diri supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan...
hani faham, dia cepat sangat melenting, salute juga tindakan dia tu hehehe...

Disini, Incik abang, hani minta maaf kerana sejak beberapa hari ni, acapkali ni, ada saja benda yang tak kena, percakapan yang tak berapa nak menyedapkan hati.. terima kasih kerana masih bertahan dengan diri ini... maafkan diri ini... sesungguhnya banyak sangat kesalahan pada incik abang....

Bila kakak hani membebel kat hani, bukan tak terkesan pun setiap perkataan tu, malah pedas juga kata-kata kakak hani tu,...meresap ke dasar hati... hehehe.. kakak hani kata 'kau beruntung dapat dia tahu tak? kalau lelaki lain dengar kau asyik minta benda sama berulang kali, tak tahu lah, dah kena tinggal agaknya. mak tengok ipah ni, asyik-asyik cari gaduh dengan zul tu, kesian dia mak'. hah.. sakit telinga tak dengar? haha. ini semua kes incik abang ni pegi printscreen apa yg hani tulis kat wassap tu....abah dengan mama pun bebel juga tadi... hani buat derk je.. sampai kakak hani tu ingat, hani ni takde perasaan. sebenarnya hani fikir juga ayat-ayat dia tu...

Incik abang ni, walaupun baru bersama hani, tapi sangat memahami. hani beruntung sangat-sangat sebab Allah temukan hani dengan dia..tapi tu laa dia... hani tak boleh kalau satu hari tak gaduh dengan dia... salah ke hani punyai rasa cemburu? maybe kata kakak hani betul, hani tak boleh nak cemburukan dia. dia kerja. dia perlu pertolongan orang lain. entahlah... dulu-dulu, sebelum bertemu dia, hani takdela perangai macam ni...maybe hani mempunyai perasaan yang mendalam dan agak sensitif sejak kebelakangan ni..

Hani memang beruntung dapat dia..tapi, adakah dia juga beruntung bersama dengan hani? mungkin kalau buat senarai dalam list, kena tendang nama hani ni agaknya... hehehe... since kiteorang ada salah faham sikit, dia memang beri kerjasama yang baik. dia akan bertindak mendiamkan diri. sebab orang lelaki ni jangan dicabar kesabarannya.. kejap lagi karang.. GET LOST YOU! wakakakaka.. agak-agak incik abang cakap macam tu tak pada hani? hehehe.. hani sayang dia.. teringat perbualan semalam.. nampak tanda-tanda tak puas hati dia, bila hani lambat sembahyang.. dia banyak kali tanya hani buat apa, sampai lewat menunaikan solat isyak.. hani kelu nak berkata-kata.. tegasnya suara dia.. tapi suara tula yang hani rindu tau.. hehehe.. sempat lagi tu.... hani leka sangat melayan cookie jam, sampai terlupa nak solat..leka pada dunia... alhamdulillah, incik abang ingatkan hani.. antara sebab kenapa hani sayang dia.. semoga dia mampu membimbing hani.. inshaAllah..

Buat incik abang, Setahun sudah berlalu, sebentar lagi genap 2 tahun kita bersama... terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya... sayang tak mampu jadi orang lain, itula perangai sayang yang sebenar-benarnya..mulut je selalu marah-marah, tapi dalam hati, SAYANG AMAT! sayang percayakan abang.. that's why, sayang pilih abang untuk bersama sayang... semoga kekal panjang jodoh antara kita dengan izinNya, abang.. saya sayang abang sampai bila-bila..tiada noktah.. selagi Allah izinkan kita bersama...


"Ya Allah, aku pohon, kurniakan aku jodoh yang akan membahagiakan dunia dan akhirat aku.
Andai dia yang terbaik buat kehidupan dunia dan akhiratku, maka ringankanlah jodoh kami, permudahkan pernikahan kami.
Andai dia bukan yang terbaik buat kehidupan dunia dan akhiratku, maka lenyapkanlah dirinya daripada pandangan mata, dan hati.”
Aamiin ya Rabb~ CIK HANI

4 comments:

  1. Bersabarlah..semoga berkekalan hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  2. Hani, dlm hubungan ni kita kena banyak tolak ansur. Kalau dia boleh tolak ansur dengan Hani bermakna hani.pun mesti kena tolak ansur dengan.dia. Hani untung dapat lelaki macam dia. Belum pernah lagi saya jumpa lelaki yang penyabar dan sering mengingatkan macam encik abang hani tu. Jaga dia elok2 hani. Jangan sampai dia lari.sebab dia bosan dengan hani. Ini pendapat saya hani dan saya doakan agar hani dengan dia akan berkekalan hingga ke akhir zaman. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah, terima kasih kerana mendoakan kami :)

      Delete