Sunday, September 28

ADAB DALAM SEMBAHYANG

Cik Hani | 20:03 | 0Comments |

ADAB LELAKI DALAM SEMBAHYANG
1.Berpakaian bersih dan menutup aurat.
2.Merenggangkan siku dari perut.
3.Mengangkat (merenggangkan) dari kedua peha ketika sujud.
4.Menjahar (menguatkan suara) pada tempat bacaan yang kuat.
5.Bila terjadi sesuatu kepadanya ketika sembahyang seperti kedatangan tetamu atau mengingatkan imam yang terlupa dan sebagainya hendaklah membaca tasbih.
ADAB PEREMPUAN DALAM SEMBAHYANG
1.Sebelum sembahyang pakailah telekung dan kain sembahyang sehingga menutup semua aurat.
2.Merapatkan kedua belah kaki ketika berdiri lurus.Sewaktu mengangkat tangan untuk takbiratul ihram, kedua-dua siku hendaklah dirapatkan kepada tulang rusuk. Jari-jari dirapatkan dan diluruskan.
3.Tangan hendaklah diangkat lebih kurang sampai paras bahu.
4.Waktu melipatkan tangan didada, kedua siku hendaklah rapat kepada tulang rusuk.
5.Waktu rukuk jari-jari tangan hendaklah diluruskan dan letakkan diatas lutut dan kedua siku hendaklah dirapatkan kepada bahu dan peha.
6.Waktu sujud jari-jari tangan hendaklah dirapatkan, telapak tangan hendaklah diletakkan diatas tempat sujud bertentangan dengan telinga, siku hendaklah dirapatkan kepada badan dan peha.
7.Hendaklah melembutkan suara kalau sembahyang bersama-sama dengan orang lelaki.
8.Bila terjadi sesuatu ketika sembahyang, hendaklah bertepuk tangan. Cara bertepuk itu adalah dengan memukul telapak tangan kanan kepada belakang tangan kiri.
ADAB-ADAB MAKMUM KETIKA SEMBAHYANG
1.Hendaklah makmum membaca takbiratul-ihram selepas imam membacanya.
2.Hendaklah makmum mendengar bacaan imam yang dinyaringkan.
3.Hendaklah makmum membaca amin bersama-sama imamnya.
4.Hendaklah makmum rukuk sesudah imam rukuk dan menyamakan kepalanya dengan belakang.
5.Hendaklah makmum melakukan I’tidal setelah imam mengangkat kepalanya dan setelah selesai membaca “Sami’Allahuliman hamidah”.
6.Hendaklah makmum sujud setelah imam meletakkan dahinya di tempat sujud.
7.Hendaklah makmum memberi ingat kepada imamnya apabila imamnya lupa ayat yang dibacanya. Apabila imam lupa perbuatan, maka makmum lelaki memberi ingat dengan bertasbih “Subhanallah” dan makmum perempuan bertepuk tangan.

No comments:

Post a Comment