Monday, September 8

ABU UBAIDAH BIN JARRAH R.A (Orang Kepercayaan Umat Ini)

Cik Hani | 00:17 | 0Comments |

Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam. Dapat kita ketahui melalui sabda Nabi SAW :”Sesungguhnya setiap ummat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan ummat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah.”

Abu Ubaidah bin Jarrah r.a lahir di Mekah,di sebuah rumah keluarga suku Quraisy terhormat.Nama sebenarnya ialah Amir bin Abdullah bin Jarrah dan dikenali dengan gelaran Abu Ubaidah.Abu Ubaidah ialah seorang yang berperawakan tinggi,kurus,berwibawa,bermuka ceria,rendah diri dan sangat pemalu.Beliau termasuk orang yang berani ketika dalam kesulitan, disenangi oleh semua orang yang melihatnya dan sesiapa yang mengikutnya akan berasa tenang.
Abu Ubaidah merupakan antara orang yang teawal memeluk Islam.Beliau memeluk Islam selang sehari selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq memeluk Islam.Beliau bersama-sama Abdul Rahman bin ‘Auf,Uthman bin Mazun dan Arqam bin Abu Al-Arqam memeluk Islam di tangan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Abu Bakarlah yang membawa mereka menemui Rasullah S.A.W untuk menyatakan syahadah di hadapan baginda.

Kehidupan beliau tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan menegakkan Deen Islam. Hal itu tampak ketika beliau harus berhijrah ke Ethiopia pada gelombang kedua demi menyelamatkan aqidahnya. Namun kemudian beliau balik kembali untuk menyertai perjuangan Rasulullah SAW , mengikuti setiap peperangan sejak perang Badar.

Abu Ubaidah sempat mengikuti kesemua peperangan bersama-sama Rasulullah S.A.W..Beliaulah yang membunuh ayahnya yang berada di pihak pasukan musyrikin dalam perang Uhud,sehingga turun ayat Al-Quran mengenai beliau seperti yang tertera di dalam surah Al-Mujadilah ayat ke-22.

Maksudnya : “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya."
-Al-Mujadilah,58:22-

Masih dalam perang Uhud, ketika pasukan muslimin kucar-kacir dan banyak yang lari meninggalkan pertempuran, justeru Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan Nabinya tanpa takut sedikitpun terhadap banyaknya lawan dan rintangan. Demi didapati pipi Nabinya terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berupaya mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi SAW .

Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itupun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah SAW . Namun bersama dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut tercabut dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak jera. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap di pipi Rasulullah SAW hingga terlepas. Dan kali ini juga diikuti dengan tercabutnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi seri sahabat ini ompong kerananya. Sungguh, satu keberanian dan pengorbanan yang tidak terperi.

Rasulullah S.A.W. memberikan gelaran “Gagah dan Jujur” kepada Abu Ubaidah.Suatu ketika datang satu deligasi dari kaum Kristian menemui Rasulullah S.A.W..Mereka mengatakan,
“Ya Abul Qassim!Kirimkanlah bersama kami seorang sahabatmu yang engkau percayai untuk menyelesaikan perkara kebendaan yang sedang kami pertengkarkan,kerana kami kaum muslimin pada pandangan kami adalah orang yang disenangi”.

Rasulullah bersabda kepada mereka,
“Datanglah ke sini petang nanti,saya akan kirimkan bersama kamu seorang yang ‘gagah dan jujur’.
Pada ketika itu,Saidina Umar r.a mengatakan bahawa,
“ Saya datang untuk solat zohor agak cepat,bukan berniat untuk menunjukkan diri kepada delegasi tersebut tetapi memang saya senang solat cepat-cepat.Setelah Rasulullah S.A.W. selesai mengimani solat zohor bersama-sama kami,baginda melihat ke kiri dan ke kanan.Saya sengaja meninggikan kepala saya supaya baginda dapat melihat saya,namun beliau masih terus menoleh-noleh ke arah kami.Akhirnya baginda melihat Abu Ubaidah bin Jarrah lalu baginda memanggilnya seraya bersabda,’Pergilah bersama mereka,selesaikanlah perkara yang menjadi perselisihan di antara mereka dengan adil.’ Lalu beliau pun berangkat bersama-sama mereka.”

Sepeninggalan Rasulullah S.A.W.,Umar bin Al-Khattab ra mengatakan kepada Abu Ubaidah bin Jarrah di hari Saqifah,”Hulurkan tanganmu!Agar saya bai’at kamu,kerana saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda,’Sungguh dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur.Orang yang jujur dalam kalangan umatku adalah Abu Ubaidah.”

Lalu Abu Ubaidah menjawab,”Saya tidak mungkin berani mendahului orang yang dipercayai oleh Rasulullah S.A.W. menjadi imam kami di waktu solat (Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra) oleh sebab itu kita mengalu-alukannya menjadi imam sepeninggalan Rasulullah S.A.W..”

Sisi lain dari kehebatan sahabat yang satu ini adalah kezuhudannya. Ketika kekuasaan Islam telah meluas dan kekhalifahan dipimpin Umar r.a, Abu Ubaidah menjadi pemimpin didaerah Syria`. Saat Umar mengadakan kunjungan dan singgah dirumahnya, tak terlihat sesuatupun oleh Umar r.a kecuali pedang, perisai dan pelana tunggangannya. Umarpun lantas bertanya,”Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu sebagaimana orang lain mengambilnya ?”
Beliau menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup menyenangkan.”

Lelaki mulia ini wafat ketika terjadi wabak penyakit taun di Syam.Menjelang kematiannya,Abu Ubaidah ra berpesan kepada tenteranya ,
”Saya pesankan kepada kalian sebuah pesan.Jika kalian terima,kalian akan baik.Dirikanlah solat,tunaikanlah zakat,puasalah di bulan Ramadhan,berdermalah,tunaikanlah ibadah haji dan umrah,saling nasihat-menasihatilah antara kalian,sampaikanlah nasihat kepada pimpinan kalian,jangan suka menipunya,janganlah kalian terpesona dengan keduniaan kerana walaupun seseorang itu melakukan sedaya upaya,dia pasti akan menemui kematiannya seperti saya ni.Sungguh ALLAH telah tetapkan kematian untuk setiap manusia.Oleh itu,semua pasti akan mati.Orang yang paling beruntung ialah orang yang paling taat kepada ALLAH dan paling banyak bekalnya untuk hari akhirat.”

Kemudian beliau melihat kepada Muaz bin Jabal ra dan mengatakan ,
“Ya Muaz!Imamilah solat mereka.”Setelah itu Abu Ubaidah menghempuskan nafasnya yang terakhir
..

No comments:

Post a Comment