Saturday, August 30

Wedding Day

Cik Hani | 19:56 | 0Comments |
 Happy Wedding Day for Sis Fawwarah Zaiki :D


Sebetulnya, hani belum jumpa lagi kak Farah. siapa dia? dia kakak incik abang hani. hari ni hari bahagia dia bersama orang yang dia sayangi dan cintai.. selamat pengantin baru, hani ucapkan, semoga perkahwinan kak farah dan si dia kekal hingga akhir hayat.. pertama kali hani melihat kak farah, dengan ikhlas hati, hani memuji, kak farah memang cantik orangnya. tak sama macam dalam gambar. kat luar ni lagi sweet :)
hani harap, suatu hari nanti, dapat juga hani berbual dengan kak farah... tapi.. itula.. hani penyegan sikit..hehe..lama-lama nanti inshaAllah, okay :D

Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan begitu meriah sekali. hani minat sangat hiasan dewan dan pelamin tu..melting habis..simple but nice :) sebelum sampai ke Dewan tadi, kiteorang sesat sebenarnya. entah macam mana boleh termasuk jalan Petaling Street. hehehe. hani ingat tak sempat nak tengok kak farah bersanding, nasib baik sempat sampai, kiranya termakbul juga doa hani. hani datang bersama abah, mama dan abang daus je. yang lain semua ada hal tertentu yang tak dapat di elakkan. 

Sempat juga hani ambik gambar dengan kak farah. hihi.. ada juga kenangan.. mana la tahu, kita tak sempat nak berjumpa nanti, ada juga kenang-kenangan bersama.. hihi.. 


Konsep tema mereka, ialah warna ungu :) pun warna idaman hani juga.. hehe.. tahun ni ramai pilih ungu kan? mungkin sebab warnanya yang lembut, menarik hati seseorang yang melihatnya. sweet pula hani tengok incik abang hani ni pakai baju melayu warna tu.. hihihi.. :D

Hani dan keluarga terpaksa beransur awal, sebab anak abang daus tak sihat, so ayahnya kena bawa ke klinik. hehe. nak masuk bulan rasanya.. sempat juga berselfie tadi..hehe.. teruja sangat tengok camera polaroid tadi.. teringat cerita rindu 200% pulak! haha. okaylah, nanti hani update lagi ye, tata :)


Nota: sekeping je gambar letak.. hahaha.. sorry.. :)

CIKHANI

No comments:

Post a Comment