Thursday, August 14

Tips Penulisan

Cik Hani | 00:17 | 0Comments |



1. Banyakkan perenggan
Buat perenggan baru tiap 3 hingga 5 baris ayat. Ia penting untuk memudahkan pembaca membaca tulisan kita.
2. Jaga jeda nafas
Jeda nafas dalam ayat penulisan bermaksud letakkan koma, atau kata sendi. Dalam Al Quran, ia dinamakan tajwid. Dengan jeda nafas, pembaca dapat membaca tulisan kita dengan sekali nafas. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan pembaca perlu tarik nafas, buat kali kedua ketika membaca tulisan kita.
Contoh perletakan koma;
“Di kala pagi tadi, ketika solat Dhuha, selain mohon keizinan untuk mempunyai rasa cinta kepada Allah, dan kasih sayang daripada Allah, saya berdoa agar penulisan saya mendekatkan insan dengan Tuhan.”
Letakkan koma pada ayat yang kita perlu tarik nafas baru.
Contoh, kata sendi:
Namun begitu, teknik penulisan berpengaruh juga membantu untuk menambah baik gaya penulisan kita, agar nampak kemas, mudah difahami dan disukai pembaca.”
3. Tulis ayat pendek
Ayat pendek lebih berpengaruh dan disukai pembaca. Sekiranya satu ayat terlalu panjang, jadikan dua ayat. Kepanjangan ayat yang baik, adalah 16 patah perkataan dalam satu ayat. Kita juga boleh gunakan kata sendi untuk ayat yang panjang.
Contoh kata sendi,
  • Namun begitu
  • Walau bagaimanapun
  • Agar
  • Dan
4. Tulis bahasa Melayu penuh
Apabila menulis, tulis bahasa Melayu penuh. Elakkan tulis bahasa singkat. Kebanyakan penulis berkredibiliti, menggunakan bahasa Melayu penuh ketika menulis sesuatu, hatta ketika menulis status di Facebook.
5. Tulis ayat informasi
Apabila menulis untuk mempengaruhi pembaca, tuliskan ayat-ayat yang mengandungi fakta dan informasi sahaja. Elakkan menulis pendapat peribadi. Sekiranya perlu menyatakan pendapat, sertakan dengan kajian yang menjadi sokongan. Juga boleh tuliskan pendapat pakar bidang yang dituliskan.
Berikut saya sertakan rujukan untuk menambahbaik penulisan kita:
1. Puan Ainon Mohd. - Beliau adalah CEO syarikat penerbitan terkenal iaitu PTS Publications & Distribution. Beliau juga adalah sifu penulisan berpengaruh. Lihat gaya penulisan di profile facebooknya, sudah cukup memadai untuk meniru gaya penulisan berpengaruh beliau.
2. Tuan Aqif Azizan – Beliau adalah salah seorang dari mentor penulisan saya. Saya belajar penulisan ebook dan buku dari beliau. Kini, beliau aktif sebagai seorang trainer penulisan buku.
3. Tuan Zamri Mohamad – Trainer penulisan super di Malaysia. Antara mentor beliau adalah Puan Ainon Mohd.
4. Cikpuan Azzah Abdul Rahman – Trainer penulisan novel di Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam industri penulisan novel. Beliau juga pernah mengajurkan kursus penulisan di Mesir.
5.  Group facebook Sekolah Penulisan Nuun - Ditubuhkan oleh Cikpuan Azzah Abdul Rahman. Ia adalah group facebook yang memberi tip penulisan secara percuma.
6. Group facebook Bahasa Melayu Tinggi – Ditubuhkan oleh Prof Abdullah Hassan, iaitu suami  Puan Ainon Mohd. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam Bahasa Melayu tinggi.
Rujukan Dari Blog : 

No comments:

Post a Comment