Tuesday, August 26

Tahukah Anda? : Jenis-jenis Cincin Kahwin

Cik Hani | 12:14 | 0Comments |
Rata-rata antara kita kurang mengambil berat tentang jenis-jenis cincin. Terutamanya untuk kaum lelaki. Bagi mereka semuanya sama sahaja. Tidak kurang juga untuk kaum perempuan, mungkin dalam nisbah sepuluh, hanya dua orang sahaja peka akan mengenai jenis-jenis cincin yang ada.Tetapi jangan pula pembaca keliru, ini adalah jenis-jenis cincin kahwin sahaja. Bukan jenis keseluruhan cincin yang ada.


Pertama adalah rounded-edge wedding ring, jenis cincin yang mendapat pilihan di hati bakal mempelai di luar sana. Ciri-ciri nya adalah bahagian luarnya tidak datar iaitu lebih melengkung atau cembung dan ditengahnya pula ada hiasan seperti corak design melingkar mahupun taburan berlian kecil. Cincin ini lebih mendapat perhatian gadis di luar sana kerana menampakkan kecantikkan cincin serta elegan apabila tersarung manis di jari manis si pemakai.


Kedua adalah high-domed wedding ring, corak ciri fizikalnya hampir sama dengan rounded-edge wedding ring cuba bahagian tengahnya sahaja berbeza. Untuk jenis cincin ini, tengahnya lebih simple atau erti kata lain, kosong. Dibiar sahaja tengahnya polos.


Jenis ketiga pula adalah flat wedding ring. Bersesuaian dengan namanya, mungkin pembaca sendiri boleh mengagak bentuknya. Kan? Jenis cincin ketiga ini lebih simple dan tampak kemas berbanding yang lain. Selalunya cincin jenis ini digunakan untuk bertunang.
Jadi inilah antara jenis-jenis cincin kahwin yang terdapat di pasaran. 

No comments:

Post a Comment