Saturday, August 2

Surprise..

Cik Hani | 13:40 | 0Comments |
Salam Raya Ke - 6! agak-agak dekat mana destinasi korang beraya hari ni? adakah korang masih tak ada plan untuk beraya? adakah korang sedang bekerja waktu ini? or sebagainyala kan.. apa pun yang di rancangkan semoga ianya di permudahkan oleh Allah swt.. di kesempatan ini juga hani ingin mengucapkan tahniah buat rakan blogger hani, yang bakal bertunang dan telah pun melangsungkan hari pertunangan.. :)

Blogger:
* KAIO
* RASUL HANIFAH
* MEEYATECHIK

TAHNIAHHH!!! ;) so sekarang, tinggal hani dan blogger AINAROSEBERRY :D
takpe, kiteorang lambatt sikit dari korang.. hahaha.. inshaAllah, sooner of later okies..  apa pun, semoga diorang tabah menghadapi dugaan dalam tempoh pertunangan ni.. Kaio, nanti den tunang, hang kena jadi photogrher aku tauu! haha.. dah cakap siap-siap ni lalala.. ( entah bila hari tu kan tibaaa )

Lupakan semua semua yang di atas, hani nak cerita tentang "SURPRISE" yang di buat oleh incik abangku yang ensem ni :D . 


Sakit jantung tengok wassap dia.. haha.. wassap yang hani terima, mengatakan dia dan family dia nak datang beraya kat rumah... yang lagi terkejut tu, dia boleh kata, dia dah dekat telok panglima garang, dah dekat rupanya, hani ingat perjalanan dia tu jauh lagi, tuhan sajala yang tahu perasaan hani. terkejut punya pasal. tau tak nervous?? hani tenung juga phone tu, hani fikir 'dia ni betul ke tak datang bawa family dia ni? betul ke tak?' hani beritahu abah dan mama hani, yang dia dan family dia nak datang beraya. terlihat senyuman di bibir abah, hani buat derk je. okay, asyik kena usik je kan, sampai adik beradik hani pun sibuk hantar wassap, mengenakan hani tak habis-habis.

Hani geram sangat dengan dia ni, sebab suka buat kejutan macam tu! surprise yang kadang-kadang nak tercabut jantung ni. macam malam tadila.. walaupun hani dah jumpa mak ayah dia sebelum ni, tapi berdebar debar juga hani ni.. yela, segan juga kan.. hani tak tau nak berbual dengan orang yang lebih tua dari hani. hani jadi kekok. teringat pertama kali dia bawa hani jumpa mak dia dekat kg, macam tu lah hani rasa malam tadi. 

Happy sangat sebab parents dia sudi datang ke rumah hani, terima kasih banyak-banyak, hani janji, hani jaga anak pakcik dengan makcik elok-elok ya.. hehehe.. :)  alhamdulillah, semua berjalan lancar. hani sempat hidang kuih raya je.. sebab incik abang ni datang mengejut, tak sempat nak masak apa-apa. hehe.. parents dia jemput datang ke majlis perkahwinan anak perempuan dia yang bakal berlangsung 30 Ogos 2014 ni, di Cheras. lepas ni tinggal dia je yang belum kahwin, entah bila la tu kan? haha..  semalam memang hani takkan lupa sampai bila-bila. dapat juga tengok muka dia yang ensem tu kan, walaupun sekejap je.. hehe.. ;) 

Okaylah, nanti hani update lagi.. 

CIK HANI

No comments:

Post a Comment