Friday, August 29

Segmen Blogwalking : When I Was A Kid by Aina Akmal

Cik Hani | 14:10 | 11Comments |
 Segmen Blogwalking: When I was A Kid By Aina Akmal
KLIK BANNER UNTUK JOIN :)


Ternampak pula banner ini dalam blog rakan hani. terjebak nak join.. kisah hani ringkas je, tak menarik pun, tapi pengajaran yang hani dapat waktu tu, 'Dengar nasihat ibubapa'. Kalau mereka suruh duduk diam di rumah, jangan degil sampai tak dengar cakap. 

Hani sangat nakal..mungkin sebab hani mempunyai dua orang abang dan hani pula adik perempuan (bongsu). perangai pun ala-ala kasar sikit. sebab kawan waktu kecil hani ramai lelaki. tiap-tiap petang, hani suka menghilangkan diri. sampai kakak dan abang-abang hani kena marah dengan abah, sebab bagi hani keluar rumah. kesian diorang. 

Hani pegi tangkap ikan dekat longkang, kadang-kadang dekat sungai. Ikut pegi tangkap belalang, rama-rama, kuat merayap ke rumah jiran, lepas tu main gelung getah, congkak sampai tak sedar, dah magrib. selain semua yang di atas, hani suka panjat pokok mangga jiran lama depan rumah hani. nakal tak? hani curi dalam tiga biji buah mangga ( tak minta izin) , dah dapat dalam tiga biji, hani potong dengan pisau lipat. jenuh juga abah bebel kat hani, sebab nakal sangat, tapi abah tak penah rotan hani. maybe sebab hani terlalu comel kot waktu kecik hehe..

Hani start tak nakal dan duduk diam-diam di rumah, bila satu hari tu... hani panjat belakang kawan hani yang waktu tu sedang menunggang basikal, jenis tak reti duduk diam, melompat-lompat atas basikal tu, padahal kawan hani dah warning awal-awal, jangan bergerak, duduk diam..dan..waktu tu pula entah macam mana, kawan hani ni ter'break' mengejut. basikal yang kami tunggang tu jatuh..kaki hani tersepit lutut hani pula bergesel kat atas jalan...apa lagi, menangis, meraung, menjerit la hani.. hehe.. 

Kenangan yang hani tak akan lupa sampai bila-bila. sebab parutnya pun masih tak hilang. bila teringat kembali, rasa kelakar pun ada. keras kepala sangat masa kecik, itulah padahnya. :)



11 comments:

  1. Aina dulu nakal . jatuh berguling2 pun tak kesah lagi. Tak serik. Hahaha. Smpai dah jadi anak daraa barulah berhnti main. Hehehe.

    http://nurainahanis.blogspot.com/2013/08/senarai-peserta-segmen-blogwalking-when.html

    Thanks sebab sudi join. Hehe. Check your url. :)

    ReplyDelete
  2. haha pengalaman masa kecik mostly sama kan, kita rasa macam kita je pernah alami semua tu rupanya x..
    Singgah dari segmen yang sama :)
    http://mellyareenza.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul... kenangan yg xdpt diluupakan :)

      Delete
  3. Hehe parut tu bukti zaman kecik dulu kite ni kanak2 yg normal. Main tak ingat dunia. Dulu kecik2 tak sah kalo tak luka main kejar2 ngn main basikal.

    Blogwalking dari segmen yang sama :)
    Segmen Blogwalking When I Was A Kid by Aina Akmal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. tulaa.. main xingt dunia, da besa2 ni, bila trngt balik, ish nakal juga mase kecik :)

      Delete
  4. Bestnya baca kisah Hani.
    Saya dulu pun suka main dgn pisau lipat, sekali terpotong jari, mmg tak main dah la dgn pisau lipat lepas tu..haha

    Blogwalking dari segmen yan sama. :')
    http://amieznuown.blogspot.com/2014/08/18-segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. pisau lipat tu selalu juga hani bawa main mse kecik, luke kt jari x trase sakit, tp bile jatuh basikal tu yg..... haha.. sakit meraung :)

      Delete
  5. salam... singgah dari segmen yg sama.. Good luck!

    http://miamorzafirah.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    ReplyDelete
  6. CT datang singgah sini.. Maaf lambat baru ada masa menjenguk..
    Done follow sini lama dah..
    Jemput singgah -- When CT Was A Kid

    Jemput Singgah :D
    Komen Sikit Wajah Baru Blog CT

    ReplyDelete