Wednesday, August 13

Rindu Awak 200 %

Cik Hani | 16:19 | 3Comments |
Perghhh.. demam hangat kan korang?? hangat tengok lakonan pelakon terbaik kita Zul Ariffin!
haha.. hani sebenarnya dah lama nak update tentang cerita ni, tapi tak ada masa. episod demi episod, babak demi babak, komen demi komen hani baca tentang novel terbaik ni. korang semua tau kan novel ni karya siapa?? siapa lagi kan kalau bukan kakak comel kite, Liyana Zahim! hani selalu tengok peminat-peminat dia komen kat wall lepas dia update tentang rindu 200 % ni.. hehe.. yang tengah baca novel tu mesti rasa nak hempas je novel tu kat dinding kan? atau yang tengah menonton tu mesti rasa nak lempang je si armel tu kan? hahaha.. percayalah, hani pun mempunyai perasaan seperti tu.. tapi bila tengok lakonan kat tv, lagi rasa nak hempuk kot si armel ni haha.. incik suami pun penyabar.. ada suami korang yang macam tu tak zaman sekarang ni? kalau ada, alhamdulillah....


Alhamdulillah, hani ingin mengucapkan tahniah buat kak liyana, kerana drama adaptasi novel rindu awak 
200 % berjaya memukau penonton, sampai teremosional melayan hahaha... tak sabar kan nak tunggu episod seterusnya petang nanti? hani pada mulanya tak berminat nak beli novel ni.. sebab bagi hani tajuk novel ni macam pelik sikit tajuknya.. haha.. * jangan marah kak liyana* tula orang kata, sesuatu yang kita tengok pelik tu la yang menarik hani untuk memiliki novel ni.. sebab hani friends (FB) dengan penulis novel Imi Hafimi, jadi dari situ hani tertarik hendak membeli, kerana hani secara tak sengaja terbaca komen beliau mengenai novel kak liyana ni... dari situ hani tertarik, dan membelinya.. rasanya baru beli, dan petang tu masuk tv tentang adaptasi novel ni.. haaa kalau sampai masuk kat tv ni, mesti best jalan ceritanya kan? so hani habiskan masa dalam satu hari tu.. haa dah katam.. haha.. serius, memang best sangat-sangat novel ni.. dan menjadi salah satu favourite hani! :)


Bila habis membacanya, barulah hani tau apa maksud tajuk novel RINDU AWAK 200% ni... kalau korang nak tahu kenapa? perlu tonton sampai habis episod ni.. tula orang kata, bila buat novel, mesti tajuk perlu kena dengan jalan ceritanya.. so petang ni, hani tak sabar nak tengok! hehehe.. pada yang terlepas menonton cerita adaptasi ni boleh lah tengok dekat tonton@tv3.. haa tengoklah sampai lebam! ekekekeke...

Hokeyy, di bawah ni hani sertakan maklumat tentang drama yang kita nak tonton petang ni! chill out ;)

Tajuk: Rindu Awak 200%
Channel : TV3
Ganti : Kerana Terpaksa Aku Relakan
Slot : Akasia
Mula Tayangan : 15 Julai 2014
Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 7 mlm]
Jumlah Episode : 28

Lagu Tema : Jaga dia Untukku - Dato Siti Nurhaliza
Maafkan Aku - Asfan

Barisan Pelakon : Zul Ariffin (Zill Faezrul Iqba), Ayda Jebat (Armel Aisya), Mimi Ernida (Daria), Zuhairi (Zahirin), Jonathan Putra (Raizil), Adeline Tsen (Irene), Karl Shafek Ibrahim (Ilhan Darwisy), Afzan A.Rahman (Azad), Fazahmaddaud (aziqah), Fathildani (Iqbal), Ika Nabella (Nazneen) dan ramai lagi.


Tonton Secara Online Melalui Pautan link berikut:
site alternative untuk menonton Drama Rindu Awak 200% 
adalah pada laman rasmi tonton.com.my


Sinopsis:

Rindu Awak 200%(peratus) mengisahkan kisah perkahwinan Zill Faezrul Iqbal(Zul Ariffin) dan Armel Aisya(Ayda Jebat) yang diaturkan oleh keluarganya. Pada awalnya Armel Aisya menentang perkahwinan paksa itu dan seringkali meminta cerai dari Zill. Akhirnya Armel Aisya terpaksa menerima suratan takdirnya apabila kekasihnya yang dipuja-puja iaitu Raizil(Jonathan Putra) berdua-duaan dengan wanita lain. Zill Faezrul menerima isterinya Armel Aisya sepenuh hati kerana yakin bahawa itu jodohnya. Tetapi rumah tangganya tidak seperti pasangan lain, masing-masing membuat haluan sendiri. Tambahan pula Armel Aisya sendiri tidak tahu siapa Zill Faezrul. Ini telah membuatkan pasangan ini bermasam muka dan tidak sekepala. Sampai bilakah masalah rumah tangga pasangan ini akan berterusan? Sama-sama kita saksikan Drama Slot Akasia ini :)




3 comments:

  1. Dah jadi trending dah cite ni...tambah2 si Armel tu, mmg penonton emosi habis dengan watak dia. Memang menjadi r dia berlakon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. memang hidup lakonan armel tu.. syabas buat pelakon ayda jebat.. hehehe.. penuh emosi.. sampai rasa kite pula yg geram .. hehe

      Delete
  2. VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA

    Kami VIPQIUQIU99 AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA mengadakan SEO Kontes atau Kontes SEO yang akan di mulai pada tanggal 20 Januari 2017 - 20 Mei 2017, dengan Total Hadiah Rp. 35.000.000,- Ikuti dan Daftarkan diri Anda untuk memenangkan dan ikut menguji kemampuan SEO Anda. Siapkan website terbaik Anda untuk mengikuti kontes ini. Buktikan bahwa Anda adalah Ahli SEO disini. Saat yang tepat untuk mengetest kemampuan SEOAnda dengan tidak sia-sia, hadiah kontes ini adalah Rp 35.000.000,-

    Tunggu apa lagi?
    Kontes SEO ini akan menggunaka kata kunci (Keyword) VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA Jika Anda cukup percaya akan kemampuan SEO Anda, silahkan daftarkan web terbaik Anda SEKARANG JUGA! Dan menangkan hadiah pertama Rp. 10.000.000. Keputusan untuk Pemenang Akan di tentukan dengan aturan kontes SEO yang dapat dilihat di halaman ini.

    Tunggu apa lagi? Ikuti kontes ini sekarang juga!

    CONTACT US
    - Phone : 85570931456
    - PIN BB : 2B48B175
    - SKYPE : VIPQIUQIU99
    - FACEBOOK: VIPQIUQIU99

    ReplyDelete