Sunday, August 24

Review Novel: DIA .. Cinta Yang Ku Cari

Cik Hani | 12:15 | 0Comments |
Aku tertanya-tanya... bagaimana perasaan aku bila berada di tempat LuthFiya?..
adakah aku akan menjadi seperti dia? gadis yang terlalu penyabar...walau dugaan datang,
dia mampu menghadapinya..terlalu kuat..tapi pada batinnya? dia terlalu terluka dengan perbuatan
Fareed Al-Fatah....

Rasanya korang kena dapatkan novel ni di pasaran sekarang! 
"Dia...Cinta Yang Ku Cari" Karya Rehan Makthar..


Sinopsis cerita:

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH.
Pada LUTH, PAYED adalah lelaki yang perlu di jauhi, Sedangkan pada PAYED,
LUTHFIYA adalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan
tanpa dia sedar apa ertinya sempurna yang sebenar-benarnya...

Korang boleh lawati  terus dengan penulis novel,
di blog REHAN MAKTHAR atau FANPAGE : REHAN MAKTHAR

Boleh order secara terus di: KARYA SENI

Harga sm: RM24 ( Diskaun rm3 beli terus dari karya seni)
Harga ss: RM27 ( Diskaun rm3 beli terus dari karya seni )


Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH.  Pada LUTHPAYED ialah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYEDLUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenar-benarnya.      

“Aku tak rasa aku cinta dia.  Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kut.  Payah nak singkir…” -FAREED AL-FATTAH

PAYED dalam penafian.  LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk didekati malah untuk memiliki gadis itu.  Namun, atas dasar apa, dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri?

“Awak pada saya seperti air laut.  Semakin saya teguk, semakin saya kehausan…”  - FAREED AL-FATTAH

Menyedari kekurangan padanya, LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah lagi kakaknya, Luthfina juga membenci. Dia sedar, PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman.  PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah.    

“Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu, awak nak tak, ikut cahaya tu untuk keluar dari gelap?”  - LUTHFIYA

Saat LUTHFIYA menghulurkan tangan, PAYED menyambut dan menggenggamnya erat. 

“Saya tak nak lepas dah tangan awak kali ni...” - FAREED AL-FATTAH

Namun, perancangan orang tua merubah segalanya apabila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH, adiknya sendiri.  PAYED memberontak dan LUTH reda menerima.

“Aku nak yang macam Luth.  Fiya, Lee. Luthfiya.  Bukan Fina.”- FAREED AL-FATTAH

Dugaan yang menimpa membuatkan PAYED sedar.  Dia haus tanpa cinta dan kasih Tuhan.  KetenanganLUTHFIYA, kelembutan dan kemanisan nasihat gadis itu mengoyak egonya.  Dia perlukan LUTHFIYAuntuk temui cinta yang selama ini dia cari apatah lagi gadis itu telah berjanji. 

Mampukah dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi?




Dapatkan juga novel karya terbaru REHAN MAKTHAR

BAHASA HATI KITA...

Di IDEA KREATIF SEKARANG! :)


No comments:

Post a Comment