Thursday, August 28

Resepi: Spaghetti Blognesse

Cik Hani | 14:34 | 4Comments |
Malam semalam hani ke rumah kakak hani di banting baru. kami berdua nak masak spaghetti blognesse. hari tu hani ada buat juga, tapi resepinya kurang lengkap. jadi hari ni hani kongsikan sedikit pengalaman hani membuat SPAGHETTI BOLOGNESSE ni.. hehehe.. senang je.. tapi sebelum tu, hani nak tunjuk bahan-bahan yang korang perlu ada, dan untuk 6 orang makan, inilah bahan-bahan serta harganya :-


Bahan-bahan:

1. Sos Prego Mushroom ( Botol besar ) = RM 11.20 ( beli 3 botol )
2. Spaghetti = RM 4.85 ( beli 2 bungkus)
3. Carrot = RM 0.66 ( beli 2 batang )
* ikut suka korang nak masukkan sayur jenis apa, macam hani, memang suka satu jenis sayur je
4. Cendawan Mushroom = RM4.70 ( beli 2 tin)
*pastikan jenama AYAM BRAND
5.Daging Cincang Lembu ( Ramly ) = RM 9.15 ( beli sepeket besar)
6. Bebola Daging Lembu = RM 9.15 ( Setengah kilo)

Total Kesemua bahan-bahan = RM 72.32 ( limit untuk 6 orang makan )

Nota: Yg dah biasa masak, bahan basic mesti ada kat rumah kan? bahan basic yg hani maksudkan bawang merah dan bawang putih.. hihihi.. :D

Cara Memasak:

1. Tumbuk 2 biji bawang besar dan 4 biji bawang putih.


2. Kemudian masukkan bawang yang di tumbuk tadi ke dalam periuk comel kita ni, 
lepas tu tumis sampai baunya naik.. 


3. Masukkan cili boh dalam setengah paket (besar), korang tumis sampai masak.. 
maksud hani, sampai warnanya bertukar merah macam darah.. hehehe..


4. sekarang ni, biarkan dulu bahan yang korang tumis tu masak, kita nak rendam daging cincang ni pula, sebelum masukkan ke dalam periuk comel bersama-sama bahan yang di tumis tadi tu


Perlu hani ingatkan di sini, tiap kali korang rancang nak masak spaghetti ni, 
perlu rendamkan daging cincang ni, kalau tak, 
berjam-jam korang kena tunggu daging ni lembut tau. 
caranya, korang rendamkan guna air panas yang sudah di masak. 
korang pecah-pecahkan sampai jadi lembik. 
contoh, pada gambar yang hani letak tu ..

5. Sekarang boleh lah kita masukkan ke dalam periuk comel kita, bersama dengan bahan tadi.
kacau hingga rata then masukkan sedikit air, nak bagi berkuah. biasa hani suka spaghetti yg
banyak kuah, tak suka sikit, rasa macam tak puas makan. then biarkan ia pekat.


6. Lepas tu, terus masukkan sos Prego ke dalam kuali tu, kacaukan sekali sampai pekat



7. Bila dah pekat, kita kacau perlahan-lahan dan seterusnya masukkan cendawan jenama ayam + Carrot yang di potong berkeping-keping macam ini


Masukkan ke dalam kuali comel tu, campurkan sekali.. tengok ni, menyelerakan tak? hehehe..


8. Bahan yang terakhir yang korang perlu letak, adalah bebola daging setengah kilo tu, campak-campak je masuk dalam tu dan tunggu sampai masak.. yurm yurmm...


Dahh siapp!! so kita biarkan dulu.. jom rebus Spaghetti pulak!

Cara Rebus Spaghetti:


1. Masukkan air dan sedikit minyak masak ke dalam periuk.
Biarkan ia seketika. hani letak minyak supaya, spaghetti yang di rebus tu,
tak melekat. petua org tua-tua :)


2. Dah mendidih, kita letakkan Spaghetti ke dalam periuk, biarkan selama 10 minit.


3. Tengok ni, spaghetti yang di rebus tadi dah masak :)



Senang tak nak buat? khas untuk korang yang suka makan western ni.. hehehe.. hani pun sejak-sejak ni minat pula nak belajar memasak, okaylah , nanti hani update lagi.. selamat mencuba!!!

Jemput makan :)



4 comments:

  1. yummy...sedapnyer. mamamyja memang fev speghetti. hihik

    ReplyDelete
  2. Arrrghhh sedapnyaaaaa.. lama ena tak masak spagetti! nomnomnomnom esok nak masak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila masak ena, nnt hani nak rasa hihihi :P

      Delete