Saturday, August 16

Pasangan Hidup yang Setia

Cik Hani | 15:34 | 0Comments |

Wahai sahabat…apa jawabmu jika ditanya : “Bagaimana dapat kutemukan pasangan hidup yang setia?”

Kuakui soalan ini amat indah untuk dicerna,
namun sukar untuk dilaksana….

Bagiku….
seorang pemburu cinta….
Dia ibarat seseorang yang berada di padang rumput yang menghijau luas…
Impiannya adalah mencari sehelai rumput yang paling cantik di antara sekian banyak rumput yang melata.

Dia berjalan, dan terus berjalan. Bila sahaja matanya tertancap pada sehelai rumput yang dirasakannya paling cantik, hatinya pula berkata : “Nanti dulu! Rumput-rumput di depan ini masih banyak, mungkin ada yang lebih cantik dari yang ini…”

Lalu, rumput itu ditinggalkan dan dia meneruskan pencarian. Namun akhirnya, tanpa disedari dia sudah pun sampai ke penghujung padang yang luas, tetapi tiada sehelai rumput pun yang berada di dalam genggaman…

Untuk berpaling ke belakang dan kembali mencari, dia sudah keletihan, sedang masanya juga sudah banyak terbuang tanpa penghasilan….

Inilah realiti hidup….

Justeru, dalam mencari pasangan hidup, janganlah selalu membanding-bandingkan dan berharap akan ada seseorang yang lebih baik di hadapan, kerana jika itu kau lakukan, masamu akan hilang, tubuhmu pasti kelelahan…

Ambillah pedoman agama….pesan Rasul menjadi syaratnya, reda ALLAH matlamat utama…pasti bahagia akan kau kecapi sehingga ke syurga sana, InsyaALLAH :)


-USTAZAH NORASLINA JUSIN FB-

No comments:

Post a Comment