Friday, August 8

Novelet:Jejaka Pilihan Hati

Cik Hani | 14:07 | 2Comments |
Gabungan antara dua penulis novelis idaman hani, iaitu penulis Ameera Elisha dan Aulia Iman.
Novelet ni LIMITED EDITION tau. korang memang tak boleh dapatkan dekat pasaran. kena terus direct dengan penulis dia. tapi rasanya dah out of stock. sebab nama pun 'Limited' kan. hehe. rugila pada yang tak memiliki novel ni. but the way, hani dah habis membacanya. jalan cerita yang terlalu mencuit hati. satu tajuk, dua cerita. "Jejaka Pilihan Hati". jom tengok sinopsis novelet ni :)


KOMPILASI NOVELET LIMITED EDITION JEJAKA PILIHAN HATI. 

***Blurb: Ara & Mr. Perfect (AULIA IMAN)
“Tempat ni, tempat orang melancong. Kalau nak bunuh diri, carilah tempat lain. Terjun jambatan ke... terjun dari bangunan terbengkalai ke.. atau korek kubur dan timbus sendiri. Jangan wujudkan unsur mistik dengan kematian yang tak diredhai Tuhan.”

Dia lelaki misteri yang tiba-tiba hadir dan memberi sedikit peringatan. Namun sesudah itu dia hilang begitu sahaja. Bumi berputar, hari berganti hari hingga takdir Tuhan kembali mempertemukan Ara dengan jejaka misteri yang selama ini dicari-cari.

Namun ketika pertemuan kedua, Ara bakal menjadi tunangan orang, manakala si lelaki pula bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan hati.

Antara menjadi perempuan perampas dan menjadi manusia yang redha dengan ketentuan Tuhan, yang mana satukah menjadi pilihan terakhir seorang gadis yang pernah dikecewakan?

***BLURB DOKTOR JANTUNG SAYA (AMEERA ELISHA)
Hanya disebabkan sebuah ‘Sinetron’, kehidupan Nur Adriana dihambat si jejaka yang digelar ‘encik kacak pujaan hati’. Makin hari, makin payah untuk dia melarikan diri. Sekeping hati yang dilindungi tiga undang-undang cinta itu pula semakin goyah.

“Dear Nur Adriana. Marry me. As simple as that.”-Encik kacak.

“Nur Adriana Sulaiman, andai awak masih tidak percayakan saya, istikharahlah kerana saya pasti awak percayakan Dia sepenuh hati awak.”- Encik kacak.

Nur Adriana bungkam dengan ketenangan encik kacak melamarnya. Mampukah dia menurut undang-undang cinta yang sekian lama menjadi penjaga hatinya atau melupakan semuanya demi sebuah kasih yang sudah menjadi kepunyaan Encik kacak?


___________________________________________-

Sedutan Ara & Encik Perfect

“Saya tahu..” suara Jue kedengaran meleret. Nadanya pula sayu.
“Ada apa awak nak jumpa saya?” soalku seraya menolak rambut ke belakang bahu.
“Saya nak minta tolong dari awak.” Ujarnya perlahan.
Aku yang keliru terus sahaja bertanya.
“Tolong? Tolong apa?”
“Tolong tinggalkan Afif.”
Aku tundukkan wajah mengelus jari jemari sambil menyusun bicara di dalam hati. Sebaik sahaja ayat-ayat yang ingin ku perdengarkan sedia ku karang, wajah ku panggung semula.
“Saya tak tinggalkan dia, tapi dia yang tinggalkan saya.” Sesudah itu aku ukir senyuman lebar. Puas rasanya melihat riak wajah Jue yang berubah kelat.
“Ara, saya tahu perbuatan Afif betul-betul menyakitkan hati awak. Tapi tolong jangan buat macam ni pada rumah tangga saya. Kami bahagia, jangan hancurkan kebahagiaan kami. Tolong tinggalkan Afif, pergilah jauh dari sini. Jangan muncul depan Afif lagi. Saya merayu pada awak... lupakan semua kenangan-kenangan awak ketika bersama Afif. Afif suami saya, bukan lagi tunang awak.” Ucap Jue panjang lebar. Dari patah bicaranya, aku tahu dia benar-benar tertekan dengan sikap Afif yang cuba meraih cintaku buat kali kedua.
“Tolonglah Ara.. izinkan kami hidup bahagia macam dulu-dulu. Jangan musnahkan impian dan masa depan kami. Jauhilah Afif dan carilah lelaki lain yang lebih sempurna.” Rayunya kembali kedengaran.
Namun, dari apa yang aku faham, Jue seolah-olah mempersalahkan diriku. Dia meminta agar aku tidak memusnahkan impian dan masa depan mereka.
‘Jue, kau sedar tak apa yang kau cakapkan tadi? Aku tahu kau terlalu ikut perasaan dan menuduh aku yang menjadi punca Afif terkejar-kejar diriku!’
“Saya sanggup rendahkan ego saya demi mempertahankan rumah tangga. Saya tahu awak perempuan dan saya juga perempuan! Pasti awak tahu bagaimana perasaan perempuan lain apabila suaminya mula mencari lain.”
“Ya, saya tahu dan saya faham perasaan tu!” sahutku memberi jawapan kepada Jue.
Ah, sekali lagi Jue terlupa dirinya pernah bertindak melukakan hati perempuan lain dengan mengahwini lelaki yang ketika itu masih berstatus tunangan orang. Dan perempuan itu adalah aku, Ara Diyana!


Sedutan Doktor Jantung Saya

Dia.. sebiji macam muka Redza Syah Azmeer. Disebabkan itu, tak semena dia dapat tittle 'Encik Kacak Pujaan Hati' daripada Riana..

Bagi Riana, kadang-kadang perangai encik kacak boleh buat dia samp
ai tahap lebur infiniti tau dan kadang2, juga boleh buat hati dia bengkak. Namun kehadiran encik kacak dalam hidupnya langsung tidak boleh ditepis. Makin hari, jantung Riana makin parah gara2 penangan encik kacak.

Siapa tahu, di sebalik ketenangan, kenakalan dan kesengalan encik kacak, ada duka yang dia pendam. Ada duka yg belum terhapus.

Siapa sebenar encik kacak? Apa sebenarnya kisah hidup encik kacak? Mampukah Riana menghapus duka semalam? Atau wujud pula duka lain dengan kehadiran Riana?

"Okay.. okay .. Dear Nur Adriana. Marry me. As simple as that" Encik Kacak

"Are you out of mind?"  Nur Adriana

"Selagi kita mengikut percaturan Dia Yang Satu, selagi itu kita berada di  landasan yang benar. Tidak ada istilah tidak masuk akal jika Dia mengkehendakinya" Encik Kacak

"Doktor Ezzat, sila dengar baik-baik,. Pertama, saya tak kenal mahu pun cintakan awak" Nur Adriana

"Betul awak tak cintakan saya?" Encik Kacak

"Sebab kedua, awak bukan sahaja seorang suami, tapi seorang bapa" Nur Adriana

"Awak pasti saya seorang suami dan juga bapa?" Encik Kacak

"I dont want marry a doctor" Nur Adriana

"Apa yang pelik sangat dengan sebab nombor tiga tu? Doctor is a human being too. Not monster even a dragon. Common, Nur Adriana. Please give me a logic reason" Encik Kacak

ini paling sweet.. serius, Nur Adriana melamar Doktor Ezzat Fariz kembali.. haha.. 

"Doktor Ezzat Fariz, saya Nur Adriana Sulaiman, pesakit jantung gara-gara encik kacak pujaan hati, meminta doktor merawat jantung saya sehingga hujung nafas saya dengan sebuah hubungan cinta yang halal" Nur Adriana

Rugi tak baca! hehe.. boleh jatuh hati dengan watak dalam novelet ni! sungguh mencuit hati antara kisah dua karya dan dua novelis terbaik ni .. ;) okaylah, update sampai sini, nanti next, hani update novel terbaru.. tentu korang tak sabar menanti kan? hehe.. hani pun kurang sabar sebenarnya. tunggu je ye, update novel seterusnya. mesti korang minat dengan novelis Anita Aruszi kan? nantikan CBL Review dari hani.. 


CIK HANI


2 comments:

  1. macam best jee.., wahhhhhh pinjam kat hani nanti boleh?? ekekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. bleyy je ena! nnt hani bg pinjam yeaa! ;)

      Delete