Tuesday, August 12

Meraih Pahala Ketika Haid

Cik Hani | 12:50 | 2Comments |

Wanita yang didatangi haid, selama tempoh haidnya pasti kelihatan letih, tidak bermaya, lebih gemar bersendiri, dan sebagainya. Selalu meletakkan alasan 'aku period' untuk mengelak daripada sebarang aktiviti. Mungkin bersendiri adalah bagus. Tetapi perlulah ada pengisian supaya waktu itu tidak dibiarkan berlalu sia-sia. Barulah diri jadi tambah yakin, kelihatan ceria dan cergas.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath Al-Bari, wanita pertamay yang didatangi haid adalah bonda kepada seluruh umat manusiaiaitu Hawa, saat beliau dilkeluarkan dari syurga dan menghuni bumi.

Allah berfirman yang bermaksud:
”Demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian, kecuali seorang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar.” 
(Surah al-‘Asr 103: 1-3)



Jadi wanita yang didatangi haid yang membiarkan hari-hari tempoh haidnya begitu sahaja tanpa sebarang pengisian, mereka adalah golongan yang rugi.

Oleh sebab itu, janganlah memasukan diri anda ke dalam golongan yang rugi, penuhi mada yang ada dengan perkara yang bermanfaat sebaik mungkin. Di bawah terdapat beberapa aktiviti yang disarankan, insyaAllah bermanfaat:

1) Selaraskan niat sebagai ibadah.
Lakukan setiap pekerjaan niat kerana Allah swt dan ikhlas kan hatimu. InsyaAllah akan bertambah saham akhirat.

2) Berzikir.
Pelbagai jenis zikir yang boleh diamalkan. Bertasbih, bertahmid, beristghfar, Al-Mathurat, dan sebagainya. Zikir ibarat tali yang sentisa mengikat hati kita kepada Allah. Membuatkan kita rasa semakin hampir dengan Allah.

3) Menambah Ilmu. 
Bacalah buku agama, tafsir Al-Quran, mendengar ceramah keagamaan dan sebagainya. Pasti memberi banyak manfaat dengan pertambahan ilmu ini melahirkan rasa yakin dan bertambah cinta pada Yang Esa.
  
4) Mendekati Al-Quran.
Tidak mampu untuk membaca Al-Quran tidak mengapa, terdapat alternatif lain, dengarlah rakaman Al-Quran. Pada zaman sekarang mudah didapat dalam pelbagai format. Tiada alasan wanita haid tidak boleh solat maka jauh dari Al-Quran.

5) Berbakti kepada orang tua/ berkhidmat kepada suami.
Ikhlaskan hati, rasa seronok dan lapang dada berkhidmat untuk orang lain, yang layak menerima layanan istimewa. Keran selalunya jika tidak didatangi haid kita sibuk beribadah seolah-olah tidak sempat berbakti kepada mereka tersayang. Jadi pada waktu ini adalah sebaiknya dimanfaatkan untuk meluang masa bersama mereka.

6) Memperbanyakkan berdoa.
Wanita yang didatangi haid juga boleh memperbanyakkan doa terutamanya pada waktu-waktu yang mustajab seperti satu pertiga malam, selepas azan, ketika hujan dan sebagainya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pemurah. 

7) Melipatgandakan sedekah.
 Bersedekahlah, dengan wang ringgit, barangan, makanan dan tidak terhad disitu sahaja, kata-kata yang baik juga samalah erti seperti bersedekah, samalah juga mengelak daripada mengumpat dan menfitnah. 

Sama-samlah kita amalkan ilmu ini. Saya sendiri adalah wanita, saya tidak mahu rugi, jadilah usahawan yang tamakkan keuntungan, dan ingin memborong semua peluang dan pahala yang berlipat kali ganda.

Allah berfirman, yang bermaksud: 

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. "
(Surah Al-Ahzab 33:35)

2 comments: