Wednesday, August 20

Membaca Al Quran

Cik Hani | 00:42 | 0Comments |


Hazrat Aishah r.a meriwayatkan bahawa RasulAllah SAW bersabda;
“Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran.” – (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Keterangan:
• Seseorang yg ahli dalam al-Quran bermakna seseorang yg menghafal Quran dengan baik dan sentiasa membacanya. Sekiranya dia dapat menguasai makna dan maksud Quran maka itu adalah lebih baik lagi.
• “Akan berada bersama para malaikat “ – sebagaimana para malaikat itu bertugas memindahkan Quran daripada Luh Mahfuz (kitab yang terpelihara disisi Allah SWT), demikian juga Pembaca Quran, yg menyebarkan dan menyampaikan Quran, kepada orang lain; seolah-olah kedua-dua mereka mempunyai tugas yang sama.
• Atau kenyataan itu membawa maksud bahawa pembaca Quran akan berhimpun bersama para malaikat tersebut pada hari kiamat.
■ Seseorang yg tersekat-sekat ketika membaca Quran, akan mendapat 2 ganjaraan. [1 ganjaran untuk bacaan nya, 1 lagi kerana dia bersusah payah dalam bacaannya yg tersekat-sekat.
■Namun begitu, tidak bermaksud bahawa ganjaran utknya akan melebihi drpd ganjaran seseorang yang mahir.
■Ganjaran yg telah dinyatakan utk org yg mahir, berlipat kali ganda lebih besar. Sehingga ada yg mengatakan , org yg mahir Quran akan dihimpunkan bersama-sama para malaikat yg khusus.
■Oleh itu, jgn lah ditinggalkan bacaan Quran kerana alasan pembacaannya tersekat-sekat.
Mulla ‘Ali Qari telah menukilkan semula daripada hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi bahawa seseorang yg cuba menghafal Quran, tetapi tidak dapat mengingatinya akan mendapat DUA ganjaran pahala.
Begitu juga bagi yang sentiasa bercita-cita untuk menghafaz Quran, tetapi tiada kekuatan utk mengingatinya, namun dia tidak meninggalkan pembacanya, maka dia akan dihimpunkan oleh Allah SWT bersama para hafiz pada hari kiamat nanti.

No comments:

Post a Comment