Friday, August 29

Kenapa Anda Perlu Masak Sendiri Di Rumah? Apa Faedahnya..

Cik Hani | 20:59 | 7Comments |
Saya tahu sebagai seorang wanita, hidup anda sibuk. Anda perlu berkejar ke sana ke mari untuk menyiapkan tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai seorang pekerja. Mana lagi menjadi seorang ibu, suri dan tukang masak keluarga.


Tapi saya mohon, kalau tidak dapat setiap masa, sekurang-kurangnya sekali dalam sehari pun memadailah. Pergilah ke pasar, beli sayur, ikan dan bahan-bahan masakan lain yang anda yakin ke’halal’annya dan masaklah makanan anda sendiri di rumah! Sekali dalam sehari pun tidak mengapa.
Tapi kenapa? Apa kepentingan memasak sendiri di rumah ini?

1.Kebersihan Terjamin
Memasak sendiri makanan di rumah adalah terjamin dari segi kebersihannya. Anda yang memotong sendiri sayuran atau menyiang ikan dengan pisau yang bersih. Membasuhnya dengan teliti (ibu saya amat cerewet semasa membasuh ikan sehingga mengambil masa yang panjang untuk itu sahaja). Memasaknya dengan penuh kasih sayang dan dengan perasaan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Akhirnya menghidangkannya penuh cermat kemudian menutupnya dengan tudung saji (jika masa makan masih lama lagi) supaya tidak dicemari lalat atau bakteria daripada udara.

2.Memelihara Iman
Kalau ‘sabar itu separuh daripada iman’ saya tahu la. Apa kaitan makan di rumah dengan iman pula? Tapi tahukah anda, kebersihan itu separuh daripada iman! Dengan memakan makanan yang bersih yang di masak itu tadi, anda sebenarnya sedang memelihara iman anda. Tahniah..

3.Mengelakkan Makanan Yang Haram
Jika anda mengamalkan masak dan makan sendiri, secara tidak langsung anda kurang makan di luar. Bukanlah makanan di luar itu tidak baik tetapi kita sendiri tidak pasti bagaimana penyediaannya di belakang. Melainkan anda pergi sendiri melihat ketika tukang masak restoran itu menyediakannya. Dan tidak dinafikan memang ada kedai makan yang memang kurang menjaga aspek kebersihan. Sebarang makanan yang kotor dan boleh memudaratkan kesihatan adalah haram secara teknikalnya.

4. Mengelakkan Makanan Yang Syubhah
Nanti. Nanti! Nak tanya sikit. Syubhah tu apa? Apa-apa yang meragukan. Misalnya, Mee Goreng ni halal ka haram eh? Kedai ni kedai muslim tapi tukang masaknya orang Bangla (bukan Islam). Begitulah secara mudahnya. Jadi dengan makan di rumah anda tidak perlu ragu-ragu sama sekali pasal makanan anda itu kan.

5. Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan
Memasak makanan bersama anak-anak di hujung minggu pasti meriangkan. Bolehlah turunkan petua masakan anda pada anak gadis anda itu. Sementara adiknya membantu mengambil pingggan dan sebagainya.
Berkumpul makan bersama-sama adalah masa yang seronok sekali. Gelak ketawa dan usikan adik beradik semasa makan memang tidak akan terlupakan sampai bila-bila pun. Setiap ahli keluarga dapat bertentang mata dan pasti ada perbincangan-perbincangan kecil yang akan berlaku. Tentang kerja rumah dari sekolah. Tentang perkara yang akan dibuat petang nanti dan sebagainya. Ini semua hanya akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.

6. Melindungi Suami Dan Anak-Anak Daripada Serangan Musuh Islam Dalam Aspek Pemakanan
Isteri yang bijak akan memasak sendiri untuk hidangan keluarganya. Dia tahu serangan musuh Islam datangnya daripada segenap penjuru kehidupan masayarakat termasuklah dalam aspek makanan dan pemakanan. Makanan yang dicampur alcohol, dicampur gelatin babi, dicampur bahan berbahaya dan sebagainya. Memasak sediri bukan sekadar kerja biasa sang suri atau isteri-isteri tetapi adalah wadah perjuangan mereka melindungi suami dan zuriatnya.

7.Jimat Dan Murah
Tidak sah rasanya kalau saya tidak masukkan poin ini. Memasak sendiri adalah lebih murah berbanding dengan makan di luar. Kos hidangan untuk 5 orang biasanya mencecah Rm40-70 mengikut tempat anda makan. Tetapi ia tidak sampai pun Rm30 jika anda sediakan bahan dan masak sendiri di rumah! Satu penjimatan yang besar sebenarnya. Itu belum lagi termasuk bahan api kenderaan ke kedai makan.

8. Suami Makin Sayang
Suami mana yang tidak suka isteri yang pandai memasak dan mengambil hati? Tiada yang lebih sedap daripada makanan yang dimasak sendiri di rumah sendiri walaupun hanya semangkuk bubur nasi yang dibubuh secubit garam. Memang bertuah sekali jika mendapat seorang isteri yang pandai dan lebih penting lagi ‘rajin’ memasak. Itulah tanda kasih sayangnya terhadap keluarga dan agama.
Paling tidak sekali pun, masaklah sendiri dan bekalkan kepada suami ke tempat kerja dan anak-anak ke sekolah. Jangan lupa juga untuk diri anda sendiri (jika anda pun bekerja).

Nota: Isteri Presiden Iran sendiri pun membekalkan suaminya Presiden Mahmoud Ahmadinejad sarapan pagi semasa beliau hendak keluar menjalankan tugas. Sebab itulah beliau sentiasa membawa satu beg ke pejabat, dan di dalam beg itu ada sarapan yang di masak sendiri oleh isterinya berupa roti dengan minyak zaitun dan keju. Isterinya adalah seorang professor dan suaminya itu bukannya calang-calang orang. Singa timur yang mengerunkan dunia barat tetapi masih memakan makanan yang di masak dari rumah! Apa lagi kita..



P/s Mula la memasak sendiri di rumah makanan anda hari ini.

7 comments:

  1. haha nice sharing :D suka makan masakan dirumah je ..tak kisah nasi putih telur mata dengan kicap..makanan dirumah paling best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa sama laa kite.. hehehe.. makan kat lua cpt jemu, dan kadg2 bukan sdap pun hehe

      Delete
  2. Suka juag makanan dekat rumah. Puas hati ;)

    Jemput baca novel sayaa. :)
    .http://nurainahanis.blogspot.com/2014/08/novel-sky-love-part-4.html

    ReplyDelete
  3. Hai... simple betul blog awak tapi cantik. Cemburu saya tengok. Terima kasih sebab follow saya dan saya dah follow awak balik. Salam persahabatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai hai.. hehe.. jgnla awk cemburu.. blog sy biasa2 je hehe.. malu sy :)
      salam perkenalan juga ye :)

      Delete