Wednesday, August 20

Kelebihan solat berjemaah selama 40 hari

Cik Hani | 00:46 | 0Comments |

Bahagian pertama: Kelebihan Solat Berjemaah: (Hadith 4)
Diriwayatkan dari Hazrat Anas bin Malik r.a bahawa RasullAllah SAW bersabda;
"sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah SWT dengan memperoleh takbiratul-ula selama 40 hari, akan mendapat 2 kelepasan; 1)kelepasan dari api neraka, 2)kelepasan dari sifat Munafiq."
- Riwayat Imam Tirmizi

Penjelasan/Huraian:
Seseorang yang menunaikan solat berjemaah dgn ikhlas dan dia menyertai solat jemaah dari mula bersama imam yakni selepas shj imam mengangkat takbiratul ihram, dia pun terus bertakbir selama 40hari berturut-turut maka dia tidak akan masuk kedalam golongan munafiq dan tidak akan dimasukkan kedalam neraka.
Munafiq ialah seorang yang menzahirkan dirinya sebagai Islam, tetapi kufur didalam hatinya.
Keistimewaan 40hari adalah kerana tempoh itu memainkan peranan yang penting dalam perubahn sesuatu keadaan.
Sebagaimana yg disebut didalam hadith, bahawa tertib kejadian manusia pun turut berlaku dalam tempoh 40hari.
40hari pertama dalam bentuk air mani kemudian 40hari kedua, berubah kepada segumpal daging.
Kemudian perubahan terus berlaku dari 40hari ke 40hari berikutnya.
Oleh sebab ini lah pendapat ahli tasawuf, tempoh 40hari mempunyai keistimewaan yang khas.
Betapa bertuahnya orang yang sudah bertahun-tahun lamanya tidak pernah meninggalkan takbiratul-ula dalam solat berjemaah.
Allahu’alam :)

No comments:

Post a Comment