Tuesday, August 12

Kahwin Muta'ah

Cik Hani | 11:13 | 1Comments |

Ramai yang tidak tahu akan apa itu perkahwinan muta'ah. Di sini terdapat beberapa persoalan dan jawapan yang menjawab persoalan tersebut.

Bagaimana kiranya seseorang lelaki menentukan dalam ijab kabulnya, ia akan berkahwin hanya dalam masa tiga bulan, atau enam bulan atau setahun. Adakah sah akadnya itu dan apa pula hukumnya?

Mereka yang berkahwin yang menentukan dalam akad nikahnya untuk masa yang tertentu dinamakan dalam istilah hukum syarak kahwin muta'ah, atau kahwin muaqqat, atau kahwin mungqatek. Kahwin seperti ini dalam mazhab ahli sunnah waljamaah tidak sah, dan hukumnya adalah haram, tetapi dalam mazhab Syi'ah, kahwin seperti ini adalah sah dan tidak haram.

Rasulullah s.a.w tidak saja mengkhuatiri umatnya yang masih lemah imannya, tapi juga kepada mereka yang kuat imannya. Banyak di antara mereka yang berniat mengebiri dirinya sendiri agar bisa menahan syahwat seksualnya. Untuk mengatasi hal tersebut, maka penyelesaian sementaranya adalah nikah mut’ah.

“Kami dahulu berperang bersama Rasulullah SAW dan tidak ada perempuan yang ikut bersama kami. Kami berkata, tidakkah sebaiknya kita mengebiri diri kita sendiri? Maka Rasulullah SAW melarang kami melakukan perbuatan itu dan meberikan keringanan kepada kami dengan menikahi perempuan dengan upah (mut’ah), hingga waktu yang ditentukan.” (dari Ibnu Mas’ud).
Hadits ini dipegang kuat oleh mereka (golongan Syiah), padahal ada hadith-hadith lain yang datangnya lebih kemudian, yang mengharamkannya. Ertinya, hadits di atas telah dimansyuh (dihapus) oleh hadits lainnya. Hal ini wajar kerana syariah Islam itu bertahap, tidak langsung dan frontal. 

Apakah hikmahnya kahwin muta'ah itu sah dan haram? 

Hikmahnya kahwin muta'ah itu tidak sah dan haram, kerana kahwin muta'ah itu akadnya hanya semata-mata tujuan untuk memuaskan nafsu seks sahaja, bukan bertujuan untuk mendapat zuriat dan keturunan, atau hidup sebagai suami isteri dalam rumahtangga yang amat damai dan sejahtera, sedangkan tujuan kahwin yang sebenarnya ialah untuk mendapatkan keturunan dan menambah keluarga serta mengikat kasih sayang yang abadi, tanpa diikat oleh sesuatu masa yang terbatas dan tertentu.

Adakah kahwin muta'ah ini bertentangan dengan hukum-hukum perkahwinan yang disyariatkan oleh agama Islam?

Kahwin muta'ah ini sememangnya bertentangan dengan hukum-hukum perkahwinan yang dikehendaki oleh Islam, kerana perkahwinan ini akan berakhir bila tiba masa tertentu dan ditetepkan di masa akad nikah. Iddah kahwin muta'ah ini bagi perempuan yang masih kedatangan darah bulanan lagi, iddahnya hanyalah 40hari saja, dan kahwin muta'ah ini tidak ada hak waris mewarisi bagi suami isteri tersebut.

Pengharaman dan larangan nikah muta'ah ini bukan hanya kerana hikmah-hikmah saja, atau kerana tidak ada peraturan talak, dan waris dan bukan kerana iddahnya yang sedikit, tetapi memnag didapati nas haramnya dalam hadith Rasulullah saw. Sabda baginda:
"Wahai manusia. Sesungguhnya aku adalah pernah mengizinkan kamu kahwin muta'ah. Ingat bahwa sekarang Allah telah mengaharamkannya sehingga sampai ahri kiamat." 
 Melihat keterangan hadith tersebut jelas bahawa muta'ah ini dulunya adalah halal dan harus dilakukan, kemudian barulah diharamkan oleh Allah. Bilakah masanya diharamkan kahwin mut'ah ini?

Menurut riwayat Saidina Ali bin Abi Talib berkata: 
"Rasulullah saw telah melarang kami malakukan kahwin muta'ah dan makan daging himar (keldai) di waktu perang Khaibar." 
Riwayat dari Umar Ibnu Khatab menerangka; ketika ia dilantik menjadi Khalifah, ia berkhutubah di hadapan orang ramai menjelaskan mengenai haram nikah muta'ah. Para sahabat semuanya diam tidak seorang pun membantah dan menyalahkan ucapan Saidina Umar. Ini adalah menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh Saidina Umar itu adalah benar. 

Saidina Umar r.a berkata: 
"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Pernah diizikan kepada kami kahwin muta'ah selama tiga hari, kemudian diharamkan. Demi Allah aku tidak mengetahui seseorang yang kahwin muta'ah, padahal ia beristeri, melainkan aku rejam akannya dengan batu." (Riwayat Ibnu Majjah) 

1 comment: