Sunday, August 10

Hurm

Cik Hani | 16:13 | 0Comments |

Jangan hanya mengharapkan orang lain untuk menjaga hati kita sedangkan kita sendiri tidak pernah berusaha untuk menjaga hati orang lain.

» Belajarlah untuk menjaga hati orang lain andai mahu hati kita dijaga.
» Belajarlah untuk bertolak ansur dengan orang lain andai mahu orang lain bertolak ansur dengan kita.
» Belajarlah untuk bersabar dengan orang lain andai mahu orang lain bersabar dengan k
ita.

Bukan mudah untuk lakukan semua ini. Namun, jika ada sifat sabar, semuanya pasti akan mudah dengan izin Allah. Bukan mudah untuk jadi seorang yang sabar. Kita melihat dia tersenyum di hadapan kita namun hakikatnya dia menangis di dalam hatinya.

Jika kita pandai menghargai, pasti kita akan dihargai. Dan begitulah sebaliknya.
Jangan terlalu yakin orang yang menyayangi kita akan terus menyayangi kita dan bersabar dengan sikap kita. Hati dia milik Allah.

Sebagaimana Allah mampu hadirkan rasa sayang itu, seperti itulah juga Dia mampu melenyapkan rasa sayang itu. Sekelip mata, semuanya mampu untuk berubah.




Peringatan buat diri sendiri, dengan penuh rasa serbasalah, hani mohon maaf pada incik abang, seandainya hani (si penipu) buat incik abang rasa tertipu. i'm sorry... hani tak akan lupa apa yang terjadi. walaupun tak tahu hubungan kita sampai ke mana....... hubungan tak akan bertahan lama.... teruskan selagi mahu di teruskan... - CIK HANI



No comments:

Post a Comment