Wednesday, August 20

HURAIAN MENGENAI HADITH 73 GOLONGAN AKAN BERPECAH DAN HANYA SATU GOLONGAN AKAN MASUK KE DALAM SYURGA

Cik Hani | 01:11 | 0Comments |

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam  bersabda:

“وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ قِيْلَ مَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: أَهْلُ السَّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ”.

Terjemahan:
 “Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam kekuasaan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan masuk syurga dan 72 golongan yang lain masuk neraka, maka para sahabat bertanya siapakah mereka yang Rasulullah? Nabi bersabda: Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah”.                                

                                                        [Diriwayatkan oleh al-Tabarani]       

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam  bersabda:

“عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: تَفَرَّقَتْ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَالنَّصَارَىْ مِثْلَ ذَلِكَ وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً”.

Terjemahan:
 “Daripada Abi Hurairah radiyallahu`anhu, beliau berkata: bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihai wasallam bersabda: Orang Yahudi telah berpecah kepada 71 golongan dan Nasrani seperti itu juga, dan Umatku pula akan berpecah kepada 73 golongan”.                                

                                                                     [Diriwayatkan oleh al-Tirmizi]       

Sejarah mencatatkan bahawa dalam kalangan umat Islam semenjak abad permulaan, terutama pada zaman Khalifah Sayyiduna ‘Ali ibn Abi Thalib, hingga sekarang ini terdapat banyak golongan (firqah) dalam masalah akidah. Fahaman akidah di antara satu sama lain mempunyai perbezaan bahkan saling bertentangan. Ini adalah fakta yang tidak dapat kita nafikan kerana Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri menyatakannya sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas bahawa umat baginda akan berpecah kepada 73 golongan. Semua ini adalah dengan kehendak Allah dan ia mempunyai berbagai hikmah yang terkandung di dalamnya, walaupun kita tidak mengetahui secara pasti akan hikmah-hikmah tersebut.
amun demikian, Rasulullah juga telah menjelaskan jalan yang selamat yang harus kita ikuti agar tidak terjerumus di dalam lembah kesesatan dan kekufuran. Kunci keselamatan tersebut adalah dengan mengikuti apa yang telah dipegangi oleh ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah kerana ia adalah keyakinan yang telah dipegang teguh oleh majoriti umat Islam. Kerana Allah sendiri telah menjanjikan kepada Nabi bahawa umatnya ini tidak akan sesat selama mana mereka berpegang teguh terhadap apa yang disepakati oleh ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Allah tidak akan mengumpulkan mereka semua di dalam kesesatan kerana kesesatan.

Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيْلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً  قَالُوْا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِيْ”.

Terjemahan:
 “Bahawasanya Bani Israil [Yahudi] berpecah kepada 72 golongan, dan umatku pula berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan, sahabat-sahabat bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? Nabi bersabda: Golongan yang satu itu adalah mereka yang berpegang sebagaimana iktiqadku, dan iktiqad sahabat-sabahatku”.
                                                                     (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi)
Berdasarkan hadis ini maka para ilmuwan Islam membuat kesimpulan bahawa mereka yang mengikut sunnah Nabi iaitu pegangannya dan para sahabatnya maka mereka dikenali sebagai Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, dan golongan inilah yang terselamat dari kekufuran dan api neraka. Al-Imam al-Mufti Sheikh Sayyid Abdurrahman bin Muhammad bin Husain bin Umar  Ba`alawi[1] membuat kesimpulan tersebut:

1-Syiah berpecah kepada 22 aliran
2-Khawarij berpecah kepada 20 aliran
3-Muktazilah kepada 20 aliran
4-Murjiah kepada 5 aliran
5-Najjariah kepada 3 aliran
6- Al-Jabbariah 1
7-Al-Musyabbihah 1
Oleh itu jelaslah, kalau ditambah satu aliran lagi dengan fahaman Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka cukuplah menjadi 73 firqah sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam di dalam hadis yang di riwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi tersebut.
Kesimpulannya, golongan yang terkeluar dari landasan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka semuanya akan masuk ke dalam neraka dan kekal di didalamnya buat selama-lamanya kerana akidah mereka telah menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar.

No comments:

Post a Comment