Monday, August 18

Cinta Bukan Larangan ( CBL )

Cik Hani | 12:43 | 0Comments |

Sedikit dalam Novel CBL
( Cinta Ini Terlarang Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam)





=>"SENGAJA dia tidak pulang terus ke rumah, sebaliknya dia singgah di sebuah masjid untuk bersolat. Menurut seorang ustaz yang diikuti ceramahnya di televisyen, solat itu tiang agama. Solat itu mencegah diri dari melakukan perkara-perkara mungkar, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45).
Dan itulah yang mendorongnya menunaikan solatnya yang masih belum dilaksanakannya. Dina Azura cukup sedar, dia dilahirkan dalam keluarga yang tidak diberatkan dengan soal-soal agama. Walaupun dia tahu ibunya Zuraini bersolat dan berpuasa, tapi wanita itu yang sering sakit-sakit suatu ketika dahulu tidak pernah mengajarnya bersolat. Ayahnya jauh sekali mahu mengajarnya mengaji. Mujur ada Bibik yang sering mengajarnya solat dan mengaji.
Di tikar sembahyang Dina Azura mengalirkan airmata. Memohon kekuatan diri dan keampunan dari ALLAH atas dosa-dosanya. Dia hanya manusia biasa. Berulangkali dia cuba melupakan apa yang tertanam di pasak hatinya, tapi seringkali juga dia tewas dengan perasaan sendiri. Setiap kali dia memikirkan tentang Diaz, dia merasakan dosa-dosanya semakin bertambah. Setiap kali dia memandang lelaki itu, dia merasa seperti dirinya ditolak ke dalam jurang yang amat dalam.
“Firman ALLAH SWT dalam Surah an-Nisa’ ayat 23 yang bermaksud – Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang berikut : ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak- anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri. Tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) dan kamu telah pun menceraikan mereka, maka tidaklah salah kamu berkahwin dengannya. Dan haram juga kamu berkahwin dengan bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua-beradik sekali untuk menjadi isteri-isteri kamu, kecuali yang berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Menitis airmata Dina Azura mendengar takzirah ringkas petang itu di masjid. Sudah jelas apa yang telah ALLAH turunkan di dalam kitab Al-Quran tentang hubungan antara ahli keluarga. Dan dia tidak sepatutnya melupakan apayang telah digariskan dalam Islam. Haram dia memiliki perasaan suka atau cinta terhadap abangnya sendiri!
Semua ini berdosa Dina! Dan kau tak sepatutnya terus hidup dalam keadaan berdosa! Lupakan Diaz! Lupakan apa yang kau rasai terhadap lelaki itu! Bisikan itu bagai angin semilir yang meresap ke hatinya. Hanya dia tidak tahu apakah dia mampu melakukannya? Apakah dia mampu melupakan perasaan ini? "


=> Caakkk.... hehehe.. tertarik baca? hani pun tertarik juga.. sebab tu hani order sendiri pada penulisnya.. kak nita kesayangan hani! hehe.. hani ada hampir kesemua karya ciptaan dia. novel kak nita semua meletop-meletop.. best sangat.. banyak unsur-unsur kekeluargaan yang di selitkan dalam setiap novel ciptaannya.. ni novel lama.. CBL adalah novel yang di barukan oleh kak nita.. CINTA SAKTI! di barukan semula dalam CINTA BUKAN LARANGAN. kalau nak tahu, kena dapatkan sendiri pada penulisnya. sebab novel CBL ni LIMITED EDITION. takde jual kat mana-mana kedai pun.. hani pun belum habis baca lagi, sebab novel ni baru sampai ke rumah pagi tadi. akhirnya, hani dapat memilikinya. bermakna sangat novel ni pada hani.. jom tengok sinopsis cerita ni...


Tajuk : Cinta Bukan Larangan (Sakti Cinta New Version)
Penulis : Anita Aruszi
Harga : RM32.90
Penerbit : GN Publishing
ISBN : 978-967-10425-3-3
M/s : 803ms
Genre : Cinta dan Kekeluargaan

Tagline
Cinta Ini Terlarang..
Ibarat Buah Khuldi Yang Haram Disentuh Adam…

Diaz dan Dina Azura, dua adik beradik yang membesar bersama tetapi tidak pernah sebulu. Ada sahaja yang tidak kena di hati Diaz yang terang-terangan membenci Dina Azura di dalam hidupnya. Sehingga ke satu tahap, dia cuba merogol gadis itu angkara kemarahan yang terpendam di lubuk hatinya. Namun tindakan itu telah merubah segala-galanya dalam hidup mereka. Kerana kesal dengan tindakannya, dia mengambil keputusan melarikan diri ke luar negara. Namun tindakan itu tidak mampu meluputkan setiap dosa yang dirasakannya terhadap Dina Azura.

Sepuluh tahun kemudian, Diaz pulang ke tanahair dan bekerja dengan Alma Katherine, seorang ahli perniagaan berjaya. Namun dia tidak berani berhadapan dengan Dina Azura angkara malam jahanam itu. Tapi takdir menemukan mereka semula untuk menyusun kepingan-kepingan puzzle dalam hidup mereka. Tapi masihkah ada benci di hatinya atau segala-galanya telah berubah?

Bagi Dina Azura, dia tidak pernah membenci Diaz. Malah takkan mungkin membenci lelaki itu. Sejak kecil dia mengagumi Diaz, sehinga adakala dia terseksa kerana dibenci tanpa sebab. Malah seluruh jiwanya terseksa kerana selama ini dia menyimpan rahsia yang tidak mampu diceritakan kepada sesiapa. Isi hatinya takkan mampu diluahkan lantaran dia sedar betapa besar dosanya mencintai abang sendiri.

Perkenalan Dian Azura dengan Johan telah menyemat cemburu di hati Diaz tanpa disedari. Hubungannya dengan Dina Azura adalah sebuah hubungan yang takkan mungkin. Mereka tidak mungkin bercinta. Tidak mungkin bersama-sama. Tidak mungkin untuk segala-galanya. Tidak mungkin untuk selama-lamanya. Kerana itu Diaz menahan diri. Dan bila Johan hadir di antara mereka, segala-galanya yang tidak mungkin itu bukan lagi satu halangan. Diaz nekad mahu membetulkan segala-galanya. Tapi rahsia yang disimpannya selama 15 tahun itu hanya akan melukakan hati ramai orang. Bolehlah dia menjaga hati ramai orang dan membiarkan hatinya sendiri dilukai? Mampukah lagi dia menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Dina Azura sedangkan gadis itulah yang paling mahu dilindunginya?

Abang jangan judge orang dengan hanya memandang luaran sahaja. Sekurang-kurangnya Johan sanggup pertahankan maruah adiknya dari lelaki-lelaki tak guna tu. Dia seorang abang yang baik – DINA AZURA

Johan baik? Jadi abang lelaki jahat? – DIAZ HAFIZI

Saya cuma nak awak pilih antara saya dan Diaz. Dan berhenti menyakiti hati saya seperti ini Dina – JOHAN


Berminat nak dapatkan sebuah? boleh pegi ke blog beliau:
( Aznita Aruszi/ Mazni Aznita )

No comments:

Post a Comment