Wednesday, August 27

Cara Melangsungkan Perkahwinan Dengan Budget RM50,000

Cik Hani | 12:36 | 2Comments |
Jumpa lagi kita.. hehe.. masih isu tentang perkahwinan ye.. sebab ramai sangat nak melangsungkan perkahwinan tahun ni, so topik hani semua tentang kahwin je.. hehe.. so, nampak tak tajuk kat atas tu?
nak langsungkan perkahwinan perlu ke nak mewah mewah macam tu kawan-kawan? perlu ke nampak bangga, brilliant, meletupss tapi end the wedding... kewangan korang bapstop?? maksud hani, korang bakal berdepan dengan masalah kewangan selepas kahwin. kita kalau nak mendirikan masjid, perlu merancang sebelum dan selepas, jangan sibuk ikut trend orang lain. kalau boleh 'ukur baju di badan sendiri'. maksudnya, budget yang kita mampu..

Sebelum bermula tentang tajuk di atas, meh hani kenalkan satu butik pengantin ni.. memang hani pun berkenan juga tengok butik ni, bukan sahaja baju yang cantik, tapi pelamin dan makeupnya pun cantik. pernah dengar butik STAZURIN? tak penah? jangan penah rasa korang tak boleh nak memiliki majlis yang nampak ala grand, di STAZURIN , korang boleh dapat apa yang korang idam-idamkan dengan pakej yang menarik, harga pun berpatutan..tak perlu nak sampai berpuluh-puluh ribu..kalau nak tengok koleksi STAZURIN, boleh klik blog  beliau di sini: http://stazurin.blogspot.com/. STAZURIN ni bukan sekadar wedding je yang mereka uruskan, tapi majlis pertunangan pun diorang arrange.




Sajian makanan untuk tetamu dan pengantin pula mengikut pakej yang bersesuaian dengan cita rasa korang, sekarang banyak pakej pengantin yang murah-murah.. untuk survey pakej makanan dan yang lain-lain, boleh ke group FB " All About Majlis Perkahwinan " macam-macam ada sekarang ni. tak perlu korang nak masuk keluar balik kedai semata-mata nak cari hidangan untuk majlis perkahwinan atau sebagainya. dekat group tu macam-macam ada. bak kata astro :)

Bebalik pada tajuk di atas, sorry terlari tajuk sikit.. hehehe... bukan apa, hani cuma nak katakan, semua yang korang rancangkan untuk masjilis kahwin, boleh settle dalam 10k dalam tangan. tak perlu 50k tu...tak percaya? jom jom kita tengok.. :)

 7 cara untuk mencuri keindahan perkahwinan dengan tidak berbelanja terlalu mewah. 

 Tips 1 : Tetapkan tarikh yang sesuai dan tempat majlis berlangsung
Cuba berbincang kedua belah pihak untuk dapatkan tarikh yang tetap dan sesuai kerana ini akan memudahkan untuk anda menempah tempat yang bakal anda langsungkan majlis anda kelak. Cuba minimakan perbelanjaan untuk tempat kurang RM10,000. Kalau mengikut hitungkan, RM10,000 sudah dikira banyak, jika anda ingin memilih lebih jimat, anda boleh lakukan di rumah dan fokus perbelanjaan di tempat lain. Hani masukkan perbelanjaan kahwin tau, tak termasuk wang hantaran.. hehe.. :) 

Tips 2 : Wang hantaran/Mas kahwin
Mas kahwin adalah mengikut negeri, kemahuan sendiri dan juga kemampuan sendiri. Rata kini meletakkan tinggi untuk wang hantaran, secara langsung ada yang sehingga menyukarkan dan membebankan pihak lelaki. Di sini perlunya persetujuan dari kedua belah pihak. Bilamana kata putus tercapai, semestinya wang hantaran dan mas kahwin dapat dijimatkan. Oh ya, seperti sedia maklum, wang hantaran untuk Negeri selangor dah di lupuskan...kiranya anak-anak Negeri selangor ni berpandukan pada duit emas kahwin sahaja. Emas kahwin area Selangor adalah sebanyak rm300. tapi sekiranya pihak lelaki ingin memberikan hadiah berupa duit, perlu memberitahu tok imam terlebih dahulu sebelum majlis bermula. takut nanti ada yang salah faham. jangan risau ye. :) Kalau boleh wang hantaran janganlah letak tinggi-tinggi, kesian pihak lelaki. seeloknya 6k-9k itu sudah memadai.

Tips 3 : Barang hantaran
Barang hantaran juga termasuk dalam perbelanjaan kita. jadi jangan terlalu ingin mewahkan perbelanjaan barang hantaran sehingga anda terlebih budget pula. Tips bijak admin ingin kongsikan dengan anda adalah jika anda ingin kurangkan kos belanja barang hantaran, mungkin anda boleh mula membeli berbulan awal dari tarikh majlis. Sebagai contoh sebulan satu hingga dua barang. Jadi, anda takkan pening kepala bila tiba hari majlis kerana barang hantaran sudah siap tersedia. Start beli, tak apa, boleh simpan lama. Hani pun sedang merancang untuk beli sedikit demi sedikit :)

Tips 4 : Pakej perkahwinan
Meskipun banyak pakej perkahwinan yang tersedia di luar sana. Tapi jangan lah risau, cuba anda dan pasangan survey untuk lihatkan pakej yang terbaik dengan jumlah belanja yang tidak terlalu mahal (cukup budget) Ada yang letakkan pakej serendah RM1500 tau! Rajin rajin kan lah diri yaa. 

Tips 5 : Doorgift untuk tetamu
Tanda terima kasih untuk tetamu kerana menghadiri majlis anda adalah dengan cara memberikan cenderahati. Tips untuk anda adalah dengan cara memilih cenderahati yang berpatutan dengan harga dan yang boleh digunakan lama. Jangan pula anda terlalu fikirkan harga, sehingga anda sanggup ketepikan dan pakai pilih hanya 'sekadar pilih'. Limitkan perbelanjaan anda tidak lebih RM3,000. Mesti tanya kan, ada ke yang tak lebih tu? jawapannya ada. rajin-rajinkan diri godek group yang hani beri tu yek..biasanya door gift ni, hani suka buat sendiri. sebab dulu kahwin kakak yang sulung dan abang yang ke-2 pun kami buat sendiri, tak tempah dengan orang pun. tapi ikut apa yang anda nak berikan pada tetamu. macam hani bunga telur dan gula-gula dah cukup. paper bag kalau beli harga borong, boleh dapat 15sen sepeket. :)

Tips 6 : Kad Kahwin
Jangan anda terlalu fokus dengan jenis kad sehingga anda berbelanja lebih untuk kad kahwin. Bukan apa, tidakkah membazir jika kemudiannya kad anda dibuang. Jadi cuba bincangkan dengan pasangan pilihan kad kahwin yang bersesuaian dengan budget anda. Supaya tidak anda membazir pada sesuatu yang tidak patut. Cuba untuk limitkan perbelanjaan anda untuk kad kahwin kurang RM3,000. Tak boleh?? boleh... klik link ni untuk tengok pakej kad jemputan kahwin okies? =>  http://chomelkadkawin.webs.com/ <=



Tips 7 : Belanja makan
Menjamu tetamu adalah perkara terpenting dalam sesebuah majlis. kami sarankan anda untuk lebihkan perbelanjaan untuk menjamu ini. Anda boleh untuk gunakan catering mahupun masak sendiri. Untuk jimat, masak sendiri gotong royong adalah lebih digalakkan cuma kalau anda pilih untuk jimat masa dan tenaga, anda boleh gunakan catering untuk sediakan hidangan kepada para tetamu yang hadir. 

Sedikit sumber hani ambik dari iKahwin.my

2 comments:

  1. wahhhh good info..
    zaman skrg semua duit kan kan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ummi, semua perlukan wang.. sbb itu ramai yg belum berkahwin :)

      Delete