Wednesday, August 6

Bagaimana Memperbaiki Diri Menjadi Peniaga Yang Lebih Baik

Cik Hani | 14:04 | 1Comments |

Bagaimana untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik ? Kita manusia seolah-olah berada dalam sebuah rumah pondok. Kadang-kala walaupun pondok ini sudah usang bagaikan hendak runtuh, kita yang berada di dalamnya mungkin belum menyedarinya.
Masyarakat kita terbina sebagai sebuah masyarakat yang jarang mengkritik rakan kita. Kita lebih selesa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini dan berharap keadaan akan berubah menjadi lebih baik di masa hadapan.
Contohnya, jika badan anda berbau busuk. Anda mungkin tidak menyedarinya kerana bau ini berkembang sedikit demi sedikit dan hidung anda terbiasa dengan bau ini.
Kawan anda yang merasai bau ini mungkin juga akan terus diam tanpa memberitahu anda dengan harapan keadaan akan berubah pada keesokan harinya.
Ini adalah masalah yang perlu kita selesaikan. Kita perlu membudayakan rakan kita untuk mengkritik kita dan kita seharusnya menerima kritikan ini dan cuba berubah tanpa sebarang rasa malu atau marah.
Keadaan kedua yang lebih teruk berlaku kepada seseorang individu apabila seseorang menyatakan bahawa“bau badan awak busuk”.
Apabila seseorang menyatakan kenyataan seperti di atas, ini adalah indikasi bahawa bau badan anda itu sudah TERLALU BUSUK.
Jika ianya TIDAK TERLALU BUSUK, mungkin tidak ada orang akan menyatakannya kerana mereka akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan ini.
Pengajaran yang boleh diambil adalah:-
1. Budayakan orang disekeliling anda untuk mengkritik anda. Terima dan nilai dengan hati terbuka. Tidak perlu malu atau marah.
2. Jika orang menyatakan sesuatu kritikan. Ini bermakna keadaan sudah menjadi terlalu teruk. Jika tidak terlalu teruk, orang tidak akan menyatakannya.
3.Terima kritikan secara terbuka, ini untuk kebaikkan anda bukan kebaikkan orang yang mengkritik.
Jika kita lihat, kebanyakkan ahli politik akan mengelilingi diri mereka dengan orang yang suka memuji mereka. Apabila ini terjadi, mereka ini akan hidup dalam dunia utopia tanpa mengetahui keadaan yang sebenar. Biasanya apabila kebenaran sebenar itu muncul, keadaan sudah terlambat untuk diperbaiki. Jangan benarkan orang sekeliling anda memuji dan mengampu andaIni BAHAYA !!!
- Artikel iluvislam.com

1 comment:

  1. Bukan senang nak jadi peniaga kan... kena tahan ancaman dari luar, kena kentalkan hati, tabah dan berusaha.. jangan berhenti berdoa...

    ReplyDelete