Tuesday, August 19

Asas Wanita - Wiladah & Nifas

Cik Hani | 18:53 | 0Comments |

Berikutan masalah beranak, dalam bab nifas pula, tempoh maksimum keluarnya darah nifas dalam mazhab Syafie ialah 60 hari. Perlu difahami apa maksud wiladah, maksudnya ialah beranak. Dan nifas ialah darah yang keluar dari bahagian dalam faraj, selepas kosongnya rahim daripada bayi, contoh, dapat anak kembar 2, keluar bayi pertama dan keluar darah, darah tu tak dikira nifas lagi. Selepas keluar bayi ke-2 baru darah yang keluar dikira nifas
Analogi contoh mudah faham:
Beranak, terus keluar darah 46 hari =
Nifas. Mandi sekali sahaja selepas tamat darah nifas
Beranak, terus keluar darah 68 hari =
Nifas 60 hari, 8 hari istihadah. Mandi sekali selepas 60 hari dan wajib solat selepas itu.
Beranak, tiada darah 3 hari, keluar darah pada hari ke-4 sampai hari ke 50 =
Wajib mandi lepas beranak (mandi wiladah), jika tiada darah keluar dari kemaluan walau setitik (selain darah akibat potong Ceaser). Wajib solat 3 hari tu sekadar mampu. Tidak harus solat pada hari keluar darah pada hari ke-4. Hari ke 50 apabila berhenti darah, wajib mandi (mandi nifas) dan solat.
Beranak, tiada darah keluar 18 hari, keluar darah pada hari ke 19 hingga hari ke 58 =
Wajib mandi lepas beranak jika tiada darah keluar walau setitik. Darah yang keluar hari ke-19 sampai 58 tu adalah darah istihadah, kerana mazhab Syafie menyatakan, nifas mesti mula start keluar dalam tempoh 15 hari dari wiladah (beranak). Jika darah start keluar selepas 15 hari dari hari beranak, darah yang keluar adalah istihadah (mazhab Syafie).

No comments:

Post a Comment