Tuesday, August 19

Asas Wanita - Haid & Istihadhah

Cik Hani | 18:51 | 0Comments |

Wanita yang haid, digugurkan kewajipan solat dan puasa Ramadhan, dan tidak harus melakukannya. Solat tidak perlu diqadha namun perlu meng-qadha puasanya. Adapun kiraan haidh, amat mudah, iaitu maksimum 15 hari, dan minimum keluar haidh adalah sekurang-kurangnya sehari semalam berterusan. Tempoh minimum suci dari haidh ialah 15 hari sebelum kitaran seterusnya.
Manakala apabila keluarnya darah istihadah, mewajibkan si wanita itu solat dan puasa Ramadhan. Jika darah keluar lebih 15 hari, hari ke 16 dan seterusnya ialah istihadah. Jika keluar tak sampai sehari semalam 24 jam, dikira istihadah.
Nak mudah paham, kita buat analogi:
1) Keluar darah 8 hari = haidh semua 8 hari
*(mandi selepas darah berhenti. Adalah terlebih baik jika darah di-check setiap kali masuk waktu solat)
2) Keluar darah 17 hari = haidh 15 hari, 2 hari istihadah
*(lepas je cukup 15 hari 15 malam, mandi dan wajib solat walau darah masih keluar, dikira istihadah)
3) Keluar darah pagi tadi sekejap, siang tadi sekejap, lepas tu tak keluar langsung sampai 29 hari = istihadah
*(darah tu dikira istihadah sebab keluar sekejap je, tak memenuhi syarat sehari semalam)
4) Keluar darah 8 hari, berhenti 5 hari, keluar semula 4 hari = 8+5+4 = 17
maka 2 hari terakhir darah keluar tu istihadah, sedang 5 hari suci tu masih dikira hari haidh
*(bagi yang dah mandi dan TERsolat & TERpuasa pada 5 hari yang tiada darah tu, dimaafkan kerana zahirnya darah keluar ikut adat kebiasaan masa 8 hari pertama tu)
5) Keluar darah 3 hari, berhenti 2 hari, keluar semula 4 hari bermula hari
ke-6 = semua hari dikira haidh
*(namun, bagi wanita yang adat kebiasaannya keluar haidh lebih lama dari 3 hari (biasanya 7-8 hari), tetibe kali ni keluar 3 hari je, maka dia tak wajib mandi lagi dan solat/puasa selepas 3 hari pertama tu, sehingga berlalunya tempoh tiada keluar darah selama 24 jam. maka, sepanjang hari ke-4 dia tak wajib mandi lagi, hari ke-5 barulah dia kena mandi jika merasakan darah tak akan keluar lagi dah. Jika dah solat dan puasa, tiba-tiba keluar darah pada hari ke-6, maka dimaafkan perbuatan solat dan puasa pada hari ke-5 semalam tu. Jika tak keluar darah selepas 3 hari tersebut, maka wajib qadha solat yang ditinggalkan pada hari ke-4)
6) Keluar darah berterusan tak henti-henti sampai 2 bulan, 3 bulan, 8 bulan, 2 tahun etc =
Dua situasi bagi menentukannya:
6a) Adakah dia wanita yang baru mula period? Jika ya, maka kena lihat pada warna darahnya pula.
6a)i) Jika darahnya sama sepanjang keluar berbulan-bulan tu, maka ada dua kaedah:
—- Guna kaedah ikut adat setempat, jika wanita di kawasan dia tinggal biasanya period 8 hari, maka dia kena ikut 8 hari haidh, 22 hari suci, setiap bulan.
—- Guna kaedah 15 hari haidh maksimum, suci 15 hari. Maka, wajib dia solat 15 hari (walau darah keluar) dan tidak harus solat 15 hari, dalam setiap bulan.
6a)ii) Jika darahnya berlainan warna atau kepekatan:
—- Hari yang keluar darah yang menyamai darah haidh adalah hari haidh, hari darah yang berbeza banyak sifatnya dari pandangan mata sederhana (warna lain sikit atau darah kurang pekat menyamai darah biasa) maka dikira istihadah, setiap kitaran bulan.
6b) Jika wanita itu bukan pertama kali keluar darah, lihat pada tempoh adat kebiasaan dia selalunya period sebelum ni. Kalau sebelum ni biasanya keluar 7 hari, maka dalam tempoh darah keluar berterusan ni, ikut adat 7 hari haidh, dan 23 hari suci. Jika kurang yakin dengan darah yang hampir sama macam haidh, guna kaedah 15 hari maksimum.
[Mula kena solat]
Wahai wanita, jika darah anda berhenti 5 minit sebelum masuk waktu Asar (contoh), tapi anda check darah keluar ke tak pada dah masuk Asar, anda sebenarnya kena qadha Zohor tu, sebab anda dah suci dalam waktu Zohor. Ramai sangat wanita ambil ringan perkara ni.
Jika anda check time lepas Subuh masih ada darah, masa waktu Zohor anda tak check, lepas tu anda check pukul 5 petang, sudah tiada darah, maka anda wajib qadha Zohor dan wajib solat Asar. Ramai wanita salah faham bab ni, ingatkan cuma kena solat waktu yang masa dia check darah dah takde tu je.
Jika check pada waktu sebelum tidur, masih ada darah, pagi esok bangun pada waktu Subuh, check sudah tiada darah, anda wajib qadha solat Isyak yang sebelumnya kerana darah sudah dikira berhenti pada sebelum masuk waktu Subuh, yakni ketika masih dalam waktu Isyak. Begitulah juga dalam waktu-waktu lainnya.
Apa yang penting, ialah kekerapan anda check, dan keyakinan darah berhenti pada saat bila.


No comments:

Post a Comment