Wednesday, August 20

Arasy

Cik Hani | 01:32 | 0Comments |

Arasy merupakan makhluk Allah yang paling besar. 
Arasy ditanggung oleh empat malaikat sekarang ini dan pada hari kiamat, Allah ta`ala tambahkan lagi empat malaikat untuk menanggung Arasy iaitu lapan malaikat akan menangung Arasy pada ketika itu. Arasy itu berada di atas langit ke tujuh dan Arasy itu tidak bersentuh dengan langit ketujuh.
Di atas Arasy terletak al-Lauh al-Mahfuz dan di dalamnya tercatat semua perkara yang akan berlaku sehingga ke hari kiamat.
Arasy merupakan bumbung kepada syurga dan bentuknya segi empat tepat dan setiap penjuru Arasy ada malaikat yang menanggungnya.
Saiz malaikat yang menanggung Arasy itu bermula dari cuping telinganya hingga ke bahunya, jarak 700 tahun perjalanan dengan terbang seekor burung menjunam ke bawah.
Arasy itu bukanlah tempat duduk bagi Allah kerana Allah tidak memerlukan kepada tempat. Hikmah Arasy itu diciptakan adalah untuk menzahirkan kekuasaan Allah iaitu dapat menciptakan makhluk yang paling besar.
Berikut adalah dalil bagi kenyataan di atas:
قَالَ اللهُ تَعَالَى {وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ} (سُوْرَةُ التَّوْبَةِ/129) وَهُوَ سَرِيْرٌ لَّهُ أَرْبَعُ قَوَائِمَ وَمَكَانُهُ فَوْقَ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَهُوَ سَقْفُ الْـجَنَّةِ مُنفَصِلٌ عَنْهَا وَيَدُلُّ عَلَى ذَلِكَ مَا رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ فِيْ صَحِيْحِهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “إِذَا سَأَلْتُمُ اللهَ الْـجَنَّةَ فَاسْأَلُوْهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَعْلَى الْـجَنَّةِ وَأَوْسَطُهَا وَسَقْفُهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ”.

Maksudnya:
Allah ta`ala berfirman:
“Dialah tuhan yang memiliki Arasy yang Agung.”  - [Surah at-Taubah: 129]
Ia adalah katil yang mempunyai empat tiang dan kedudukannya adalah di atas langit yang ketujuh dan ia adalah bumbung syurga yang terpisah daripadanya [syurga]. Dan dalil ke atas perkara ini adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam sahihnya bahawasanya Nabi SAW  bersabda:
“Apabila kalian memohon syurga kepada Allah ta`ala, maka hendaklah kalian memohon syurga firdaus kerana sesungguhnya ia adalah syurga yang paling tinggi dan syurga yang berada di pertengahan dan bumbungnya adalah Arasy Allah”.
ثُـمَّ إِنَّ حَوْلَ الْعَرْشِ مَلَائِكَةٌ لَا يَعْلَمُ عَدَدَهُمْ إِلَّا اللهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى، وَهُوَ أَكْبَرُ مَـخْلُوْقَاتِ اللهِ حَجْمًا وَمِسَاحَةً وَامْتِدَادًا قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “مَا السَّمَوَاتُ السَّبْعُ مَعَ الْكُرْسِيِّ إِلَّا كَحَلْقَةٍ مُلْقَاةٍ بِأَرْضٍ فَلَاٍة، وَفَضْلُ الْعَرْشِ عَلَى الْكُرْسِيِّ كَفَضْلِ الْفَلَاةِ عَلَى الْـحَلَقَةِ” رَوَاهُ ابْنُ حِبَّانَ وَغَيْرُهُ.
Maksudnya:
Kemudian sessungguhnya di sekeliling Arasy terdapat para malaikat yang tidak diketahui jumlahnya melainkan Allah subhanahu wata`ala [sahaja yang mengetahui jumlah mereka].Dan ia merupakan sebesar-besar makhluk Allah dari sudut saiz dan keluasan. Rasulullah SAW bersabda:
“Bandingan tujuh petala langit dengan Kursi seperti sebentuk cincin yang dilemparkan di atas padang pasir yang luas dan bandingan Arasy ke atas Kursi seperti bandingan padang pasir yang luas dengan sebentuk cincin tersebut”.
[Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan selainnya]

وَالْعَرْشُ يَـحْمِلُهُ أَرْبَعَةٌ مِنْ أَعْظَمِ الْمَلَائِكَةِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُوْنُوْنَ ثَـمَانِيَةً قَالَ اللهُ تَعَالَى: {وَيَـحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَـمَانِيَةٌ} (سُوْرَةُ الْـحَاقَّةِ/17)، وَقَدْ وَصَفَ الرَّسُوْلُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدَ حَمَلَةِ الْعَرْشِ بِأَنَّ مَا بَيْنَ شَحْمَةِ أُذُنِهِ إِلَى عَاتِقِهِ مَسِيْرَةَ سَبْعِمِائَةِ عَامٍّ بِـخَفَقَانِ الطَّيْرِالْمُسْرِعِ رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ.
Maksudnya:

Dan Arasy itu ditanggung oleh empat malaikat yang besar dan pada hari kiamat kelak jumlah mereka menjadi lapan. Allah ta`ala berfirman:
“Dan ditanggung akan Arasy Tuhan engkau di atas mereka [malaikat] pada hari tersebut [hari kiamat] oleh lapan malaikat.” -[Surah al-Haaqqah: 17].
Dan sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyifatkan salah satu daripada malaikat yang menanggung Arasy tersebut: 
“Sesungguhnya jarak di antara cuping telinganya hingga ke bahunya sejauh 700 tahun perjalanan burung yang terbang menjunam laju turun ke bawah.” -[Diriwayatkan olehAbu Daud]
الْحِكْمَةُمِنْ خَلْقِ الْعَرْشِ  (Hikmah daripada penciptaan Arasy)
يَسْتَحِيْلُ عَقْلًا أَنْ يَكُوْنَ الْعَرْشُ مَقْعَدًا لِلَّهِ فَكَيْفَ يَكُوْنُ الرَّبُّ الَّذِيْ هُوَ خَالِقٌ لِلْعَرْشِ وَغَيْرِهِ مَـحْمُوْلًا عَلَى سَرِيْرٍ يَـحْمِلُهُ الْمَلَائِكَةُ عَلَى أَكْتَافِهِمْ، وَلَا يَصِحُّ تَفْسِيْرُ قَوْلِ اللهِ تَعَالَى {الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى} (سُوْرُةُ طَه/5) بِـجَلَسَ لِأَنَّ الْـجُلُوْسَ مِنْ صِفَاتِ الْبَشَرِ وَالْـجِنِّ وَالْمَلَائِكَةِ وَالدَّوَابِّ بَلْ مَعْنَىقَوْلِ اللهِ تَعَالَى {اِسْتَوَى} قَهْرٌ لِأَنَّ الْقَهْرَ صِفَةُ  كَمَالٍ لَائِقٍ بِاللهِ تَعَالَى لِذَلِكَ وَصَفَ اللهُ نَفْسَهُ فَقَالَ: {وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ{ فَهَذَا الْعَرْشُ الْعَظِيْمُ خَلَقَهُ اللهُ إِظْهَارًا لِعَظِيْمِ قُدْرَتِهِ وَلَـمْ يَتَّخِذْهُ مَكَانًا لِذَاتِهِ، لِأَنَّ الْمَكَانَ مِنْ صِفَاتِ الْـخَلْقِ وَاللهُ سُبْحَانَهُ تَنَزَّهَ عَنِ الْمَكَانِ وَالزَّمَانِ،
Maksudnya:
Mustahil dari sudut akal bahawa Arasy menjadi tempat duduk bagi Allah, bagaimana Tuhan yang menciptakan Arasy dan selainnya ditanggung di atas katil yang ditanggung [pula]oleh malaikat di atas bahu-bahu mereka dan tidak sah tafsiran terhadap firman Allah ta`ala:
“Ar-Rahman [Allah] istiwa’ ke atas Arasy”, [SurahTaha: 5], dengan makna duduk kerana duduk merupakan  di antara sifat-sifat manusia, jin, malaikat dan binatang yang melata bahkan makna firman Allah ta`ala:
 “Istawa” adalah Qahara [yakni menguasai] kerana menguasai itu merupakan satu sifat yang sempurna dan layak bagi Allah ta`ala. Oleh sebab itu Allah ta`ala menyifatkan dirinya dengan qahara, maka Dia berfirman:
“Dan Dialah satu-satunya yang Maha Berkuasa”.
 Maka Arasy yang agung ini diciptakan oleh Allah ta`ala bertujuan untuk menzahirkan keagungan kekuasaan-Nya dan bukanlah untuk Dia menjadikannya [Arasy] sebagai tempat bagi zat-Nya kerana tempat merupakan di antara sifat-sifat makhluk sedangkan Allah ta`ala Maha Suci daripada bertempat dan berkait dengan masa.

قَالَ الْإِمَامُ الطَّحَاوِيُّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: “لَاتَـحْوِيْهِ (أَيْ الله) الْـجِهَاتُ السِّتُّ كَسَائِرِ الْمُبْتَدَعَاتِ”، وَقَالَ سَيِّدُنَا عَلِيٌّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: “إِنَّ اللهَ خَلَقَ الْعَرْشَ إِظْهَارًا لِقُدْرَتِهِ وَلَـمْ يَتَّخِذْهُ مَكَانًا لِذَاتِهِ”، رَوَاهُ عَنْهُ الْإِمَامُ أَبُوْ مَنْصُوْرٍ الْبَغْدَادِيُّ. فَالْمَلَائِكَةُ الْكِرَامُ الْـحَافُّوْنَ حَوْلَ الْعَرْشِ وَالَّذِيْنَ لَا يَعْلَمُ عَدَدَهُمْ إِلَّا اللهُ يُسَبِّحُوْنَ اللهَ تَعَالَى وَيُقَدِّسُوْنَهُ وَيَزْدَادُوْنَ عِلْمًا بِكَمَالِ قُدْرَةِ اللهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عِندَمَا يَرَوْنَ هَذَا الْعَرْشَ الْعَظِيْمَ.
Maksudnya:
Al-Imam at-Tahawi radiyallahu`anhu berkata:
“Dia [Allah] tidak dilingkungi oleh arah yang enam sepertimana seluruh makhluk ciptaan-Nya”.
Dan Sayyiduna `Ali radiyallahu`anhu telah berkata:
“Sesungguhnya Allah menciptakan Arasy bagi menzahirkan kekuasaan-Nya dan bukan untuk menjadikannya [Arasy] sebagai tempat bagi zat-Nya”.
Kata-kata Sayyidina `Ali itu telah diriwayatkan oleh Abu Mansur al-Bahgdadi. Maka para malaikat yang mulia yang mengelilingi disekeliling Arasy dan jumlah mereka tidak diketahui melainkan Allah ta`ala, mereka sentiasa bertasbih kepada Allah ta`ala dan menyucikan-Nya dan sentiasa bertambah pengetahuan mereka berhubung kesempurnaan kekuasaan Allah ketika mana mereka melihat Arasy yang agung ini.
Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment