Saturday, August 30

ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN

Cik Hani | 23:21 | 5Comments |

Di antara adab membaca Al-Quran adalah:
  • Disunatkan membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang di baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran.
  • Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau, musollah dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat yang paling utama adalah di dalam masjid.
  • Disunatkan menghadap ke arah Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu' dan tenang.
  • Mulut hendaklah bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran, mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.
  • Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau selepas membaca ta'awwudz.
  • Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.
  • Bagi yang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca.
  • Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut.
  • Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di jaga.


5 comments:

  1. salam.. perkongsian yang amat baik dan sangat2 berguna.. pasti ada perkkara-perkara yang kita rasa sudah cukup baik tetapi sebenarnya kita terlepas pandang..

    Salam perkenalan
    dari,
    http://bisikan-hati-mizzi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi membaca ruangan ini. sedikit perkongsian dari sy :)

      Delete
  2. thanks for shring...terima kasih mengingatkan... :D

    ReplyDelete
  3. nice sharing :) jom amalkan :)

    ReplyDelete
  4. salam hani.. jemput joint ke blog akak ya.. akak tengah cari member..untuk kongsi2 cerita dan masakan. http://ruzitakitchen.com.my

    ReplyDelete