Friday, August 29

5 Tips Menghadapi Bakal Mertua

Cik Hani | 20:43 | 0Comments |

Setelah sekian lama berpasangan, akhirnya pasangan anda membuat keputusan untuk membawa anda berjumpa kedua ibu bapanya. Adakah anda sudah bersedia untuk menjadi tumpuan utama pada hari tersebut? Pasti diselubungi rasa resah apabila memikirkan cara untuk mengambil hati bakal mertua. Jangan bimbang, kerana pastinya tidak lepas bagi kebanyakkan pasangan kekasih untuk bertemu sua dengan bakal mertua. 

Seeloknya, persiapkan diri dengan beberapa tips yang harus diambil kira bagi meredakan kebimbangan yang bakal dihadapi ketika bertemu dengan bakal mertua.

  1. Kekemasan
Kekemasan diri amatlah penting untuk dititik beratkan. Dari hujung rambut ke hujung kaki, si dara atau mahupun teruna mesti lah dalam keadaan serba serbi kemas dan bersih. Kuku hendak lah dipotong, rambut juga sentiasa dalam keadaan disikan rapi. Jika perlu, semburkan minyak wangi untuk membuatkan anda lebih rasa disenangi. Tapi ingat, elakkan bau yang terlalu kuat atau semburan yang berlebihan.

  1. Cara berpakaian
Pakaian adalah antara tumpuan utama yang diberi apabila kita berkenalan dengan orang baru. Oleh itu, pakai lah pakaian yang bak kata orang ‘sejuk mata memandang.’
Bagi wanita, pakailah pakaian yang sopan dan sesuai dengan budaya timur. Elakkan memakai pakaian yang membuat anda berasa tidak selesa untuk berhadapan dengan keluarga bakal mertua. Bagi lelaki pula, elakkan memakai seluar jeans dan kemeja-T yang kotor dan lusuh.

  1. Peramah
Lumrah bagi setiap pasangan akan berasa malu apabila kali pertama berjumpa dengan bakal mertua. Seeloknya buang lah perasan malu dan cuba bermesra dengan bakal mertua atau ahli keluarga yang lain. Ringankan mulut untuk bertanya khabar, dan wujudkan perbualan antara kedua dua belah pihak. Sebolehnya, elakkan bermain telefon bimbit ketika bersama bakal mertua kerana ini boleh mendatangkan perasaan tidak selesa daripada bakal mertua. Tetapi ingat, tutur kata yang sopan juga perlu dijaga untuk mengambil hati si mertua.

  1. Ringan tulang
Bagi wanita, rajinkan diri untuk tolong bakal ibu mertua di dapur. Setakat memotong sayur, membuat air atau menghidang makanan sudah cukup memadai bagi pertemuan pertama dengan bakal keluarga mertua. Dengan cara ini, sudah semestinya ibu pasangan anda dapat melihat kecekapan anda menguruskan hal hal di dapur.

  1. Buah tangan
Dalam perjalanan ke rumah bakal keluarga mertua, singgah lah di gerai atau kedai untuk membeli sedikit buah-buahan atau kuih muih bagi menunjukkan kesungguhan anda untuk bertemu dengan mereka. Untuk memudahkan pilihan, anda boleh bertanya kepada pasangan tentang makanan yang digemari oleh ibu bapanya untuk dijadikan buah tangan.

CARA-CARA MEMIKAT BAKAL MAK MERTUA

Memikat hati mertua bukanlah semudah yang anda sangkakan. Terutamanya hati ibu pasangan anda. Lebih memeningkan jika pasangan anda itu merupakan anak pertama/sulung atau anak tunggal. Menjadi orang baru di dalam sebuah instituisi keluarga memerlukan anda untuk bersedia dan mempelajari rentak keluarga tersebut daripada memilih untuk mengikut rentak anda sahaja. Maklumlah, kita bukan sahaja berkahwin dengan anaknya sahaja, tetapi kita turut serta berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya. Di sini, admin akan kongsikan tips untuk anda memikat hati bakal ibu mertua anda.
Tips pertama adalah kenali rentak ibu pasangan anda. Risiklah apa yang perlu daripada pasangan anda. Contohnya seperti minat mereka. Jika ibu pasangan anda minat memasak, cuba luangkan masa anda untuk mencuri berbual tips masakan bersama ibu pasangan anda. Jika minatnya pula lebih kepada membeli-belah, luangkan masa anda bersama-sama membeli-belah ataupun boleh juga jika anda berbicara tentang jenama yang bakal ibu mertua anda minati.

Tips kedua adalah ringankan tangan menolong jika anda menziarahi mereka seperti mencuci pinggan dan sebagainya. Atau paling ringkas yang anda boleh lakukan adalah belikan sesuatu jika anda mengunjungi mereka. Seperti buah-buahan, kuih-muih, kek dan sebagainya. Mudah bukan? Bukan perlu berbelanja besar, cukuplah sekadar membeli apa yang patut. Terapkan nilai murni, adab menziarahi dalam diri, mudah-mudahan lembut hati bakal ibu mertua anda yang melihatkan anda keperibadian anda yang tidak berkira.
Berpakaian sopan, itu adalah tips ketiga yang perlu dititikberatkan oleh pasangan di luar sana. Terutamanya ketika anda menziarahi mereka. Pakailah pakaian sopan, kemas dan bersih. Untuk gadis di luar sana, pakailah pakaian yang menutup aurat dan manis dipandang mata. Manakala untuk lelaki, kemas serta rapikan penampilan anda agar tidak dilihat selekeh dan serabai. Tips penting, elakkanlah dari memakai seluar pendek pula bagi lelaki, dan baju ketat pula untuk perempuan.

Seterusnya pula adalah berkelakuan sopan antara anda dan pasangan di hadapan bakal ibu mertua anda. Tunjukkan rasa hormat anda terhadapnya. Manakala antara tips pendek lain yang boleh kongsikan dengan pembaca sekalian antaranya adalah ringankan mulut anda hubungi bakal ibu mertua anda. Tanyakan khabar mereka, dan jika anda memerlukan pandangan dan pendapat, kongsikan serta tanyakan lah pada mereka. Supaya hati bakal ibu mertua anda rasakan diri mereka diperlukan.

4 TIPS BERTEMU BAKAL BAPA MERTUA

Tips 1 : Berpakaian sopan
Ingat! Jangan lah terbawa bawa fesyen rock mahupun hiphop anda. Jika berjumpa orang tua, untuk kali pertama pula, pastikan anda berpakaian sopan. Pakailah pakaian yang sejuk mata memandang. Untuk lelaki, anda boleh memakai baju kemeja dan jeans sopan. Elakkan memakai tshirt tanpa lengan atau jeans koyak. Manakala untuk perempuan, anda pakailah sesuatu yang manis dipandang. Elakkan memakai mini skirt dan pakaian yang boleh mendatangkan fitnah. Terkejut pak mentua anda nanti

Tips 2 : Selidik tentang minat bakal bapa mertua anda
Bimbang pula perbualan anda menjadi diam membisu, apa kata jika anda selidik dengan anak mereka mengenai minat bapa mereka. Walaupun anda tidak minat dengan topic tersebut, lupakan seketika. Contohnya jika bakal bapa mentua anda meminati kumpulan bola Arsenal manakala anda pula minat Liverpool, hey jangan pula anda hentam terus minat bapa mentua anda. Cuba ceriakan perbualan anda.

Tips 3 : Hari yang sesuai
Untuk berjumpa dengan mereka, pastikan anda tetapkan hari yang sesuai. Mungkin anda boleh set kan makan malam bersama. Cuba elakkan untuk gunakan hari minggu kerana itu adalah hari mereka berehat. Dan juga elakkan untuk jumpa pada hari kenduri, hari raya. Bukan apa, cuba bayangkan sedang anda ‘ditemuduga’ tiba tiba datang pula saudara mara yang lain, kan dah lain jadinya. Jadi ingat ya?

Tips 4 : Jawapan yang matang
Jika ditanya, jangan lah pula anda berikan jawapan yang menampakkan kebodohan sendiri. Paling utama untuk tidak cakap besar dan bangga diri di hadapan mereka. Percaya lah, kerana tiada siapa suka orang yang cakap besar. Berikan jawapan yang matang. Walaupun anda gugup, cuba untuk tenang dan jawab perlahan-lahan.

Jangan terlalu mencuba atau berlakon menjadi orang lain. Kerana anda ingin ikat tali persaudaraan selamanya dengan mereka. Cuba jadi diri anda sendiri dan senyum! Kalau muka masam, pak mentua pun bosan tengok. Ingat tau!


Peringatan buat diri sendiri juga! hehehe... :)
CIKHANI








No comments:

Post a Comment