Sunday, July 13

Kadang-Kadang....

Cik Hani | 22:35 | 4Comments |

Kadang-kadang kita ada banyak perkara nak cakap, tetapi kita lebih selesa memilih diam demi menjaga lisan, hati dan perasaan.
Kadang-kadang kita juga galak merancang, hingga kita lupa pada yang Maha Menentukan.
Kadang-kadang kita mahukan sesuatu, tetapi kita lupa meminta pada yang memilikinya.
Begitu juga kadang-kadang kita ada rasa mahu berubah, tetapi langkah pertama pun masih lagi teragak-agak mahu kita mulakan.
*****
Katakanlah apa yang dirasakan perlu, tepat pada masa dan keadaannya. Pilihlah lisan yang baik, kerana lisan yang baik itu paparan akhlak dan amal kita.
Rancanglah secara berpada berkiblatkan keyakinan kepada Allah yang mencipta dan menjadikan. Bertawakallah, kerana boleh jadi apa yang kita sukai, sebenarnya bukan yang terbaik untuk kita.
Allah-lah yang memiliki hati. Jangan sesekali kita meminta sesuatu daripada manusia sama ada timbang rasanya, kasihannya, perasaan mahupun kasih sayangnya tanpa kita pinta dulu daripada yang memiliki hatinya. Boleh jadi, semalam dia berkata ‘tidak’, tetapi bertukar ‘ya’ pada esok harinya. Kerana hatinya Allah yang punya.
Berubahlah. Hatta jalannya payah, nanti bila sudah biasa melangkah, kita akan rasanya indahnya.

4 comments:

  1. betul tu.. :)

    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. inshaAllah, akan sertai.. :)

      Delete
  2. kita ni banyak mengeluh dari bersyukur. normal kita kan manusia biasa. tapi Allah SWT sentiasa kasi ruang untuk memperbaiki :D sama sama kita usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CT. sama-sama kite usaha ya :)

      Delete