Tuesday, July 8

Jangan Risau, Rezeki itu ada...

Cik Hani | 15:54 | 0Comments |

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
bagi mereka yang berumah di tepi pantai, pasti telah biasa diusik panasnya bahang matahari, dihempap kuatnya badai ombak, dilanda hebatnya musim banjir dan sudah tentu mereka pernah merasa pahit jerih menjalani hari-hari yang bakal mendatang.
mereka yang sukakan aktiviti-aktiviti lasak, mendaki gunung misalnya, mesti mereka sudah lali dengan calar-balar duri tajam, jatuh bangun mendaki curang, sakit dan lebam di setiap celah sudut badan mereka. mana dia pergi, di situlah segala parut dan luka menghiasi di segenap bucu kulit luaran dia. tidak pernah mengeluh, tidak pernah merungut kerana ialah.. dah memang minat dia. nak kata apa pun tak lekat.
begitu juga dengan para petani, para pekebun, para pesawah dan semua jenis pekerjaan para lagi lah. mereka menanam sayur, kacang, membajak sawah berhari-hari sampaikan tak tertanggung lelahnya. benih-benih yang ditabur dan ditanam, kemudian disiram, dibaja bagai, mesti akan menghasilkan pohon dan buah yang manis. asalkan ia dijaga oleh tangan-tangan petani yang penuh dengan sikap sabar.
dan sama juga dengan mereka yang lain. telah tertulis siap-siap di luh mahfuz apa rezeki dia, jodoh dia, ajal maut dia. tak perlu nak berebut-rebut. tak perlu nak paksa-paksa. sebab Allah dah tetapkan semuanya untuk kita. cuma manusia ni dia begitu ghairah dengan rezeki yang ada didepan mata. kalau boleh, mahu diceduknya banyak-banyak buat simpanan dalam KWSP. saham dunia kata mereka.
mungkin mereka lupa agaknya,

apa pun kenikmatan yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal.
- as-syura: 36-

haa.. dan terang tang tang Allah bagitau tu. masih nak tamak lagi? itu cari penyakit namanya. pernah dengar tak yang rezeki tu bukan hanya pada harta, duit, kesenangan semata-mata? pernah? mesti selalu dengar kan.
sebab, instead of wang, boleh jadi Allah kirimkan kita dengan ketenangan jiwa, kesihatan yang tip-top, kelancaran berkata-kata, kesenangan berterusan dalam menguruskan kerja-kerja dakwah, serta kebahagian terlampau yang kita sendiri tidak jangkakan. mereka yang dilimpahkan dengan nikmat-nikmat kehidupan yang betul-betul menyenangkan, pasti dan saya yakin yang mereka ini tidak akan tercuit sedikit pun bila dihidangkan dengan wang berbakul-bakul.
dalam satu buku yang saya baca, ada seorang wanita mengeluh bagaimana dia tidak ditinggikan pangkat, dinaikkan gaji, diberi perhatian yang sewajarnya sedangkan dialah yang menjadi kepala dalam memajukan kualiti syarikat tu. oh, mungkin sahaja rezekinya bukan pada wang dan harta benda.
tapi samada perasan atau tidak, Allah telah balas usaha dia dengan nikmat kesihatan, kejayaan anak-anak beliau serta kegembiraan meniti hari-hari esok. haa.. itu juga dikategorikan sebagai rezekilah. apa ingat rezeki ni boleh diceduk dengan wang saja? mungkin betul. tapi itu tidak kekal pun. lambat laun harta akan habis juga kalau digunakan pada jalan yang salah. macam si Qarun tu. alaa, yang kaw-kaw punya kedekut. habes semua ditenggelamkan Allah. terus jadi kasim selamat. tiga abdul pun boleh.
sebab Allah tu dia kan Maha Pemurah, Dia tahulah mana nak dicampakkan rezeki untuk hamba Dia. Dia pun dah cakap,

dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya, nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi dia menurunkan dengan ukuran yang dia kehendaki. sungguh dia Maha Teliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya, Maha Melihat.
-as syura: 27-

begitulah. begitulah Pemurahnya Allah, dia tahu takat mana dan sejauh mana rezeki Dia nak lemparkan pada hamba Dia. kerana hakikat seorang manusia, tidak lari dari sikap tamak dan berlumba-lumba untuk kesenangan dunia. sebab itu, yang paling ohsemnya mereka yang beriman ni, mereka tetap berlapang dada walau hanya dilimpahkan dengan rezeki yang cukup-cukup sahaja. bagi mereka, Allah telah tetapkan banyak itu rezeki dia pada hari ni, jadi untuk apa dikejar-kejarkan apa yang bukan milik dia. make sense?
tapi, di sini bukan saya nak highlight kan yang manusia ini tak perlu berusaha untuk mencari sesuap nasi. bukan. cumanya, kita sendiri perlu berpuas hati dengan usaha yang kita buat. dan lepastu banyak mana Allah nak bagi pun, kita senyum saje la. kalau dah namanya rezeki kita, berbatu-batu kita melarikan diri pun sebab taknak, ia tetap akan datang jadi hak kita.
alaaa, aku selalu je belanja kawan aku makan, belanja beli itu ini, tapi dia jarang je balas balik. bukan nak suruh dia belanja pun, cuma agak-agak laa. saling memberi la.”
ni haa, satu lagi situasi yang biasa saya dengar. macam yang dikatakan kat atas tu, walau kita cuba kejar keliling dunia pun rezeki tu, malah sejauh alam cakrawala sekalipun, kalau itu bukan milik kita, buat penat aje duk lari. yang penting kita dah usaha. dah. titik. noktah. rezeki tu bukan satu benda yang boleh kita nampak dengan biji mata sendiri. okei, nampak sangat menipu. duit, harta benda, kan nampak jelas lagi terang tu. ngeee. maksud saya yang selain pada tu la. kekadang yang tak pernah sedar tu la, yang selalu jadi rezekinya.
dan jangan ingat apa yang kita nak tu akan selalu jadi rezeki kita. katakan dia mengidam sangat nak makan eskrem. kalau tak merasa boleh naik megren kata orang. bahana kaki esrem la budak ni. dia pun siap-siaplah keluarkan duit nak pi kedai nak beli eskrem perisa keladi. dah bayar kat kaunter, tanpa sempat keluar lagi dah bukak da plastik dia. berseri-seri muka tu haa. tapi bila eskrem tu betul-betul nak masuk dalam mulut, tetiba ada anak kecil nangis-nangis mintak eskrem kat kaki kita. dengan perasaan yang penuh tanggungjawab dan sikap penyayang yang begitu tinggi dalam diri, dia bagilah ekrem tadi kat budak kecil ni.
haa, dah Allah kata ekrem tu bukan untuk dia, dicuba lah bagaimana sekalipun untuk dia dapat, pasti akan ada yang halang. kata orang tua, tak ada rezeki lah tu, bukan rezeki dia, nak buat macam mana. 
bingo!
memang betul la tuh. mungkin Allah akan gantikan dengan yang lebih baik lagi dari eskrem tu. manalah tahu kot-kot petang karang, ada sepupu belah ayah tiri nenek dia kol dan tetiba ajak kuar candle light dinner (kalau dia pompuan la), atau balik umah kejap lagi bila bukak peti ais tu, sebesar besen jiran bagi eskrem. siap cornetto lagi tu, atau manalah tahu ada sahabat sekolah rendah kita nak jumpa sambil makan-makan kat pantai. up sikit rezeki kita nak banding dengan eskrem seringgit tadi tu.
Allah kan dah bahagi betul-betul proportion rezeki kita. maka, tak payah lah masam-masam muka jika tak dapat eskrem ka, nasi ka, air bandung ka. orang yang beriman ni, dia yakin dengan setiap apa yang Allah bagi kat dia.
ingat apa Allah pesan,

dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.
-al maidah : 88-

dan sentiasalah ingat, hidup ini semua atas belas ehsan Allah. bersyukurlah dengan apa rezeki yang Allah dah turunkan kat kita. kerana siapalah kita nak membangkang dan menidakkan apa yang Dia telah tentukan untuk kita. kerana dia Pemurah antara yang Pemurah, mesti ada sesuatu yang Dia dah reka untuk kita. macam yang Dia dah bagitau siap-siap dalam surah at-talaq, ayat 3 
dan dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). seseungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.

million thanks kepada si dia yang telah meyakinkan saya tentang rezeki untuk setiap pada kita. mekasih yaa. sebab dia juga lah saya tercari-cari ayat ni dalam al-quran. nah! akhirnya terjumpa juga time mula-mula dia bagi tu.
27121_525402017498881_911358388_n
tetaplah bersyukur. bersyukurlah walau sekecil mana pun rezeki kita dapat dan walau sebesar mana pun Dia bagi. inshaAllah, akan datang pada kita rezeki yang tidak kita sangka pada saat-saat kita memang memerlukan.
hati terbuka menerima, biarlah lebih luas dari langit yang terbentang di atas. penuhkan hati dengan kata – alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment