Thursday, July 24

Iftar di Maeps, Steamboat :)

Cik Hani | 21:02 | 0Comments |
Lagi beberapa hari, kita bakal meninggalkan bulan yang di rindui.. bulan RAMADHAN AL-MUBARAK.. Alhamdulillah, syukur pada Allah, sebab hani masih di beri kesempatan untuk berpuasa di bulan mulia ini.. apa khaba silent readers hani? harap korang semua sihat sentiasa.. so macam mana persiapan raya tahun ni? lengkap ke semua? kuih dah beli? baju raya dah beli? kasut? haa.. mesti korang tengah excited nak sambut raya kan? tapi bagi hani, biarlah bersederhana.. janganlah terlalu meriah sangat..ingatlah pada mereka yang tidak dapat menyambut hari yang bahagia ini, iaitu HARI RAYA AIDILFITRI..sedia maklum yang kita telah kehilangan saudara kita dalam nahas MH17 dan juga saudara kita di GAZA.. Al-Fatihah... dan ppada mereka yang sedang berperang, doa yang baik-baik untuk mereka, supaya mereka sentiasa dilindungi Allah....

So, malam ni, hani nak share tentang kejutan dari seseorang yang istimewa dalam hidup hani.. kejutan yang mungkin sampai bila-bila tak akan lupa...hehe..sebenarnya dari hari tu nak update, tapi tangguh dari sehari ke sehari, sampai...hani tak sedar dekat nak raya..baik hani update sekarang, sebab banyak lagi yang pending ni..tak ada masa nak berblogging sekarang ni, sedia maklum yang hani sangat sibuk dengan kerja. okies, 20/07/2014 adalah tarikh incik abang pilih untuk berdate bersama, hani setuju jela kan.. sebab dah rindu.. hehe.. tapi malam sabtu tu, risau juga, takut last-last minute tak jadi keluar.. hani tengok keadaan dia yang sibuk sediakan minit mesyuarat untuk 22/07/2014 kelmarin...hani bagitau dia, tak kisah kalau tak jadi, sebab hani memahami keadaan dia... alhamdulillah.. hehe.. jadi keluar... senyum sukmo hani! lokasi nak berdate ni, menimbulkan tanda tanya dalam kepala ni.. haha.. sebab selalu kiteorang tak pernah date jauh-jauh..hari tu, dia tanya hani, nak ke mana, hani jawab entah.. hani pun blurr juga ni.. ingatkan pegi Jusco, bukit tinggi..tapi..tengok..dia belok ke lebuhraya SKVE.. haa.. jengjengjeng... suspen kan? jantung hani ni berdegup laju dah.. sebab dia cakap tak tahu pegi mana, lepas tu tetiba lalu jalan tu..hani ni tanda tanya banyak sangat tau..tak terfikir pulak dia bawa pergi MINES.. haha.. so kiteorang ke MINES.. okay juga, sebab dah lama hani tak ke sana..rindu juga...kiteorang jalan-jalan kat sana sementara tunggu waktu nak berbuka... jalan-jalan sama-sama... sesekali jeling juga jam kat tangan ni, dalam kepala ni fikir lagi.. "Nak berbuka dekat mana ni?" hani toleh juga keliling tempat tu... kalau nak berbuka, kena booking dulukan? tak kisahlah pizza hut ke, kenny rogers ke.. mana boleh nak main serbu je.. hani tanya lagi incik abang ni, dia kata tak tahu...dia memang macam tu.. memanjang je tak tau nye.. geram gak hani ni hehe.... last-last baru dia bagitau hani, yang dia dah book berbuka dekat maeps, bistro! wow! nak melompat je hani rasa ni! haha.. 

Kalau korang nak tahu, hani minta incik abang ni bawa hani pegi makan kat maeps tu, punya lama mengajak makan steamboat kat sana, sekali tu...asyik tak bawa je...alasannya busy...yela kita kena fahamla kan...kali ni, memang gumbiraa sangat...hajat tertunai haha...hani senyum je sepanjang masa keluar dengan dia.. bahagia rasanya walaupun kiteorang ni selalu gaduh, tapi takdela teruk sangat kan... masih still bersama lagi..waktu keluar sama hari tu, kiteorang okay je, itula hani harapkan sebenarnya... tapi kita tak tahu hari yang akan datang kan? hurmm.. takpe, ignorekan dulu.. cite pasal maeps haha...masa sampai sana...terpegunnnn sangat sangatt.... ramadhan buffet kan.... tapi bukan tu yang buat hani terpegun sangat ni... hahaha... hani nampak kambing! hahahaa... serius! hani suka makan kambing! teruja rasa, perut pun rasa lapa dengan tiba-tiba hahaha...

KAMBING PANGGANG
Haa tu ... hehe.. bukan tu je yang ada... macam-macam ada tau, antaranya , nasi briyani, abc, sate, kuew tiew, rojak buah, ayam grill dan sebagainya.. nak tunjuk gambar, hani tak sempat lah nak ambik banyak sangat, tapi serius, memang sedap..dan korang boleh cuba makan ya tahun depan.. hehe.. sebab hani baru perasan last date buffet ni hari ni, sorry sangat, lambat pulak review..tapi takpe, korang boleh datang dengan family korang pada hari-hari lain, sebab kat sini steamboatnya pun sedappp... boleh datang ramai-ramai ya nanti... hani makan punyalah banyak, sebab bukan senang incik abang nak bawa datang sini, bayarannya pun mahal... hani kena hargai ni tau, susah susah je dia bawa hani datang sini, hani tak pernah lagi belanja dia makan, segan pula kadang-kadang... asyik dia je keluarkan duit.. tu yang rasa malu sikit... terima kasih banyak-banyak kat incik abang hani, sebab sudi bawa hani ke sini... tak sangka dia bawa hani ke sini, tempat yang teringin sangat nak pegi.. memang menjadi SURPRISE dia hehehe...
Okaylah, sampai sini je hani update, hani dah letih sangatlah, nanti update lagi ye, hani ingin ucapkan pada semua pembaca blog hani SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR SERTA BATIN , sekiranya selama berblogging ni, ada menyakitkan hati pembaca, 0-0 okies? hehehe...kalau nak tau apa-apa tentang Maeps Bistro, korang boleh tengok blog tempat tu http://bistromaeps.blogspot.com/ atau korang boleh tengok kat FB, https://www.facebook.com/steamboatmaeps :) 






No comments:

Post a Comment