Tuesday, July 8

Don't Give Up

Cik Hani | 20:32 | 1Comments |

kadang-kadang, Allah memang sengaja “freeze”kan sebarang bentuk usaha lain,
Dia matikan ilham, Dia tak hadirkan siapa-siapa, Dia tutup iktiar dan jalan.. supaya, kita belajar untuk kembali bertawakkal dan berusaha HANYA kepaada Dia saja.
Apabila kaki dan tangan seakan diikat dan ditambat, kaku, jangan lupa bahawa hati dan lisan masih bebas untuk berdoa dan merayu sebanyak-banyak kepada Dia.
jangan berhenti dari terus berharap dengan pertolongan Allah. sedangkan matahari dan bulan pun Allah yang alih dan ubah, inikan pula hati manusia. mudah bagi Allah yang Maha Perkasa, amat mudah. dan ditambah pula dengan Maha Pemurahnya Dia, ahhh.. itu yang kamu kira, sudah tidak ada harapan? masih besar sebenarnya, masih terlalu besar dan hampir.
kenapa berhenti meminta?
jangan. hanya orang yang kafir sahaja, berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah (surah yusuf ayat 87)
kenapa berputus asa?
usah. kerana jika Allah menolongmu, tidak ada sesuatu apa pun yang dapat mengalahkanmu (ali imran ayat 160)
kenapa gelisah dan bimbang?
tenanglah.. bersama setiap kesukaran itu, pasti ada perlbagai kemudahan yang menanti di balik tirai (surah as syarh ayat 5 & 6)
kembalikan segala urusan kepada Dia dengan jujur, dan Dia akan kembalikan segala urusanmu kepada dirimu dengan indah.


1 comment: