Sunday, June 8

Tip-tip menambah berat badan

Cik Hani | 21:21 | 0Comments |





Biasa orang cari petua nak turunkan berat badan kan. Tapi saya rasa masih ada rakan-rakan yang senasib dengan saya yang tidak mempunyai berat ideal (kurang berat badan). Hal ini disebabkan kadar metabolisma badan dan gaya pemakanan. Namun tak mustahil kita boleh capai berat ideal dengan menukar cara pemakanan yang betul. Mengikut Kevin Zahri, nak tambah berat badan ni tak susah. Yang penting ada keinginan, disiplin & tahu caranya. Beliau menyatakan cara yang lebih berkesan adalah bergantung kepada:
1. Nutrisi | 2. Latihan | 3. Makanan Tambahan
Nutrisi & Makanan Tambahan
Cadangan hidangan sehari adalah 5-6 hidangan seimbang yang mengandungi karbohidrat, protin & lemak (ratio 50:35:15).
Kenapa Kevin Zahri, US certified personal trainer and nutritionist yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang tersebut turut menyarankan makanan tambahan untuk menambah berat badan? Ianya adalah kerana supplements dibuat khusus dengar kadar yang diperlukan oleh badan kita & sangat mudah diambil. Makanan tambahan yang diperlukan adalah sumber Protein, Creatine (for muscle/strength gain), Glutamine, NOX etc.
Saya kongsikan juga menu dari rakan-rakan Shaklee dalam membantu menaikkan berat badan.
Pagi (Sarapan) :
Makan pagi (terserah, nasi goreng atau nasi putih dengan syarat mesti ada daging/ayam /telur/ikan)
Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu Mealshake)
Makan BComplex (1 biji) & Vitalea 1 biji (dgn plain water)
Brunch :
Makan roti, Minum susu 1 gelas
Siang /lunch:
Makan siang yg bergizi seperti biasa-nasi plus lauk ayam/ikan/daging..kadar biasa, tak terlalu banyak.
Tea time :
Makan roti, Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu Mealshake)
Makan Malam
(sebaiknya 3-4 jam sebelum tidur..nasi +lauk..kadar sederhana)
Makan Vitalea 1 biji lagi
10 minit sebelum tidur :
Makan roti sekeping
Minum susu 1 gelas
Jom kita tengok apa ada dengan Meal shake,  BComplex dan vitalea.
Meal shake - membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. rasanya sedap mcm milk shake kat McD.
Vitalea - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.
Vit B complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
Latihan
Exercise sehari sekurang-kurangnya 10 minit (angkat botol air mineral yg 500mlm tu..isi air dlm tu.. angkat mcm angkat berat…angkat turun) atau skipping atau apa2 exercise utk bina muscle. Kalau ikut Kevin Zahri, seeloknya lakukan weight training di gym & dapatkan orang yang pakar untuk membantu senaman yang betul.
 Jgn mkn junk food dan ikut jadual ni selama sebulan.

No comments:

Post a Comment