Sunday, June 15

Selamat Hari Bapa, Abah

Cik Hani | 01:39 | 0Comments |
Assalammualaikum guys, sihat? maaf dah lama sangat tak meluahkan perasaan dalam blog ni..  adakah anda semua merindui celoteh hani? hani sangat merindui anda yang sedang membaca blog ini.. kerana apa? kerana korang sangat sangat the best! kawan yang baik, dan followers yang the boom's! hehe.. :D

Alhamdulillah, Allah swt masih lagi mahukan hani berada di muka bumi ini, dan masih lagi hani disini meluangkan masa untuk meng'update'kan diari blogger ni.. walaupun banyak masalah yang melanda diri ini, hani masih tabah, dan bersabar dalam menempuh ujian yang diberi oleh tuhan... 

Tujuan hani update blog malam ni adalah untuk mengucapkan selamat hari bapa pada semua bapa-bapa atau bakal menjadi seorang bapa tak lama lagi tu, jadilah seorang bapa yang penyayang, di samping itu biarlah tegas supaya anak-anak tidak menjadi kurang ajar apabila dah besar nanti.. biasa korang sambut hari ibu je kan? jangan sampai tak sambut hari bapa juga ye.. sebab bapa ni lah hero dalam keluarga, erti kata yang sebenar adalah ketua keluarga, ketua pembimbing isteri dan anak anak , juga yang bertanggungjawab ke atas semua dalam sesebuah keluarga :)

Bila sentuh tentang abah.. hani punya cerita yang tersendiri tentang seorang abah. ya, hani punya abah yang sangat sangat penyayang.. dan kalau boleh hani inginkan seorang suami seperti abah juga.. yang punya pendirian tegas dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang.. of course, bila sayang, mestilah kena marah..kalau tak kena marah, bukan maksud sayang kan?. hani sayangkan abah.. sewaktu kecil, abah lah yang jaga hani, sampai bawa ke office ;) sampai form 3 masih lagi abah yang jaga hani... sebab waktu tu abah kerja polis dan ikut shift.. jadi hani punya waktu yang sangat terluang bersama abah. hani tau keluhan hati abah.. hani tau kesedihan yang di tanggung oleh abah. abah rajin bawa hani jalan-jalan waktu kecil dulu. apa yang hani nak , semua abah tunaikan.. sampai adikberadik hani yang lain cemburu. diorang suka cakap, abah suka lebih lebihkan hani, tapi abah selalu kata, abah sayang anak anak abah tak penah pilih kasih...hehe.. waktu solat, abah yang mengajar hani mengaji.. bila  bab mengaji selalu mama yang ajar, kali ni, abah tak nak berlembut lagi, salah petik je, habislah kena marah. tapi hani tak penah kena rotan macam adik beradik yang lain. itu sebab diorang cemburu... hahaha.. kata mama, abah paling sayang pada hani.. haha.. teringat waktu hani terpecahkan cawan kat dapur, waktu tu hani tadika, hani menyorok bawah meja. takut abah marah. hani haus waktu tu.. tak reti nak buat air.. kenit cemetot je hani waktu tu.. budak lurus.. haha.. abah panggil, hani dah gerun. takut kena marah! abah cari-cari kat dalam rumah tak jumpa, last-last jumpa hani bawah meja.. hehe.. hani dah nangis masa tu.. abah dok pujuk-pujuk.. jangan nangis, abah tak marah.. haha.. bayangkan, abah yang tegas tu, kuat marah, tapi dengan hani lembut je.. bukan dengan hani je, tapi dengan adikberadik yang lain pun. cuma beza sikit, mungkin sebab paling bongsu.

 Lepas je abah pencen, abah sakit.. tapi waktu tu tak teruk sangat.. start abah pakai kerusi roda lepas eksiden motor.. abah langsung tak boleh jalan. masa tu hati hani terlalu sedih.. melihat keadaan abah.. hani tau apa yang ada dalam hati abah.. keluarga kami selalu terima penghinaan, kerana abah dah tak boleh bekerja.. mengata macam macam.. waktu tu hani rasa nak jerit satu dunia, dia abah aku, selagi aku hidup, aku tak kisah hidup susah macam mana sekali pun, kami dah biasa hidup susah. dan ini abah aku! abah yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang... bila dihina, kami tak melatah.. adat manusia.. mama banyak nasihatkan hani.. ya, hani kecil waktu tu, tapi hani berfikiran dewasa, hani boleh fikir.. abah ulang alik ke hospital untuk terima rawatan, setahun lepas tu, abah dah boleh jalan dengan pakai tongkat.. hani la paling gembira, abah makin sihat dan makin sembuh, kami pun ada berubat cara kampung..sampai abah dah boleh jalan.. begitu tabah seorang abah bersabar, hani tau abah tabah dan sabar selama ni dengan semangat yang kami berikan..tapi .. hani jarang melihat abah tersenyum sejak ini....nenek meninggal.. hani tahu abah sangat sedih.. tapi abah selalu lindungkan perasaan dia.. dia tak nak hani tau apa yang dia rasa.. mana mungkin kita tak merasa? kerana hani juga seorang anak, hani ada abah, hani sendiri letakkan diri hani di tempat abah. 

Hani amat sayangkan abah.. hani harap hani diberi peluang untuk membahagiakan abah... 

SELAMAT HARI BAPA, ABAH..
ILOVEYOUSOMUCH..
YOU'RE MY HERO <3


Love you,

HANI

No comments:

Post a Comment